Tuesday, 9 June 2026

𝐃𝐄𝐌𝐎 𝐒𝐀𝐁𝐔𝐍 𝐇𝐄𝐑𝐁𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

 

𝐃𝐄𝐌𝐎 𝐒𝐀𝐁𝐔𝐍 𝐇𝐄𝐑𝐁𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔












07 Mei 2026 (Khamis)

Bersempena Program Seminar SKUAD Antidadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bandar Baharu yang berlangsung di Serdang Lake View, Serdang, para peserta telah berpeluang mengikuti demonstrasi pembuatan sabun herba yang disampaikan oleh Pn. Suzimuliani, juga merupakan ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Sesi demonstrasi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara menghasilkan sabun herba menggunakan bahan-bahan semula jadi yang mesra alam dan bermanfaat untuk penjagaan diri. Program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli SKUAD Antidadah, NGO serta para peserta yang hadir, sekali gus menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang keusahawanan serta gaya hidup sihat.

Aktiviti ini mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta serta menyokong usaha AADK dalam memperkasakan komuniti bebas dadah.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua