𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 (𝐇𝐀𝐃𝐊) 𝟐𝟎𝟐𝟔
21 Jun 2026 (Ahad)
Program Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) 2026 telah diadakan dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang, Kedah.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta menyemai semangat bersama dalam usaha membanteras gejala dadah.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut hadir bagi memberikan sokongan terhadap penganjuran program tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program, termasuk sesi ceramah, pameran berkaitan bahaya dadah, aktiviti interaktif serta perkongsian pengalaman yang memberi kesedaran kepada para peserta mengenai kesan buruk penyalahgunaan dadah terhadap individu, keluarga dan masyarakat.
Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta melahirkan masyarakat yang lebih peka, prihatin dan komited untuk bersama-sama menjayakan hasrat mewujudkan negara yang bebas daripada dadah.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
























































