Saturday, 11 July 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 - 𝐒𝐓𝐑𝐎𝐍𝐆 𝐖𝐎𝐌𝐄𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐎𝐍𝐆𝐄𝐑 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃

 

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 - 𝐒𝐓𝐑𝐎𝐍𝐆 𝐖𝐎𝐌𝐄𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐎𝐍𝐆𝐄𝐑 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃





















18 Jun 2026 (Khamis)

Program "Wanita Sihat Inspirasi Dunia" anjuran PUSPANITA Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Inner Wheel Club Alor Setar telah diadakan bertempat di Dewan Besar As Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS, Sungapi Petani, Kedah.

Perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Hajah Nurul Aznim Mohd Razalli, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. Program ini telah mengangkat tema "Strong Women, Stronger World" bagi menyebarkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan serta keselamatan dalam kalangan wanita.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung antaranya sesi Zumba, Ceramah Kesihatan Wanita oleh Doktor Pakar Perbidanan & Sakit Puan Kedah Medical Centre (KMC), Dr. Che Hatikah binti Che Hanafi, ceramah Dementia oleh Pakar Perubatan Dalaman & Geriatrik KMC Dr. Yew Yan Xi serta Demonstrasi Bantuan Kecemasan secara langsung yang dikendalikan oleh BLS Instructor KMC, Encik Ku Mohamad Nasrul. Demonstrasi praktikal tersebut merangkumi panduan Bantuan Asas Hayat (Basic Life Support - BLS), teknik Heimlich Maneuver bagi mangsa tercekik, serta teknik menyelamatkan bayi yang tercekik.

Seramai 5 orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut hadir bagi memberi sokongan program ini. Selaras dengan slogan "Sihat Wanita, Kuat Masa Depan!", keseluruhan aktiviti ini diharapkan dapat memperkasakan masyarakat khususnya wanita dengan ilmu keselamatan yang mampu menyelamatkan nyawa.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua