Saturday, 11 July 2026

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐋𝐈𝐆𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐋𝐈𝐆𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔


















13 Jun 2026 (Sabtu)

Pertandingan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Daerah Bandar Baharu yang diadakan di Dewan IPD Bandar Baharu, Serdang, Kedah. Pertandingan ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan penyertaan daripada pelbagai pasukan agensi kerajaan dan komuniti sekitar Daerah Bandar Baharu.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha memupuk gaya hidup sihat, semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta.

Hasil daripada kerjasama dan kesungguhan semua pemain, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan dan menjadi pemangkin semangat untuk terus aktif menyertai program-program sukan serta aktiviti kemasyarakatan pada masa akan datang.

Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan PUSPANITA atas kejayaan yang diraih dan semoga semangat kesukanan serta kerjasama yang ditunjukkan akan terus diperkukuhkan demi mengharumkan nama PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua