Sunday, 12 July 2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐋𝐎𝐍

 

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐋𝐎𝐍

















25 Jun 2026 (Khamis)

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan lawatan ke Hari Terbuka Ladang Melon pada 25 Jun 2026 di FFL Farm, Kg Sg Buloh, Serdang, Kedah. Program berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan disertai oleh ahli-ahli PUSPANITA sebagai salah satu aktiviti santai yang mengeratkan hubungan silaturahim.

Sepanjang lawatan tersebut, ahli PUSPANITA berpeluang merasai pengalaman unik memetik sendiri buah melon yang telah matang sebelum ditimbang dan dibayar. Selain itu, ahli PUSPANITA turut menikmati kesegaran, kemanisan dan kerangupan buah melon yang ditanam di ladang tersebut. Suasana yang nyaman dan pemandangan ladang yang menarik juga memberi peluang kepada para peserta untuk merakam kenangan serta berswafoto.

Lawatan ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada ahli PUSPANITA, malah menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kebersamaan serta memberi pendedahan kepada aktiviti agro pelancongan yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua