𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐀𝐂𝐀𝐔 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇
01 Julai 2026 (Rabu)
Majlis Kacau Bubur Asyura 1448H telah diadakan pada 01 Julai 2026 dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu serta PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Program ini telah diadakan di Garaj Majlis Daerah Bandar Baharu dengan penyertaan semua kakitangan.
Majlis ini bertujuan untuk memupuk semangat bekerjasama serta turut menjadi platform untuk mengukuhkan ukhuwah, memupuk nilai kebersamaan serta menyemarakkan penghayatan budaya dan tradisi Islam. Bubur asyura yang telah siap dimasak kemudiannya diagihkan kepada para peserta dan warga jabatan sebagai tanda penghargaan dan perkongsian rezeki.
PUSPANITA Daerah Bandar Baharu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Diharapkan majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan warga jabatan.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua











