Friday 4 June 2021

MAJLIS BACAAN YAASIN BAGI MENDOAKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN DAERAH BANDAR BAHARU

 

03 JUN (KHAMIS)

Majlis Bacaan Yasin Daerah Bandar Baharu ini diadakan secara maya melalui aplikasi Google Meet.
Majlis Bacaan ini disertai oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., yang juga Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) / Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Penghulu Mukim Serdang dan warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu. 
 
Bacaan Surah Yaasin ini dipimpin oleh Penghulu Mukim Serdang, Muhammad Fazil bin Ahmad .
Manakala, bacaan doa pula dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Jafri bin Abu Bakar, Mudir Kompleks Islam Darul Faizin (KIDAF) yang sama-sama turut serta dalam Majlis Bacaan Yaasin ini yang diadakan secara dalam talian. 
 
Antara yang turut serta dalam majlis ini secara dalam talian di kediaman / lokasi masing-masing ialah YB Dato' ADUN Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, ketua-ketua / wakil jabatan / agensi Daerah Bandar Baharu dan para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah serta Majlis Daerah Bandar Baharu. 
 
Tidak ketinggalan, majlis ini turut disertai secara maya oleh Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ahli-ahli Jawatankuasa dan para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu di lokasi masing - masing.
Semoga kita semua memperoleh keberkatan, kesejahteraan dan perlindungan oleh Allah S.W.T serta dihindari dari segala wabak penyakit khususnya pandemik Covid-19 di Daerah Bandar Baharu.
 

Wednesday 2 June 2021

MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH (PEMBANGUNAN) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU (PDTBB) DAN SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU (MDBB) SECARA MAYA

 

31 MEI 2021 (ISNIN)

Penyerahan Nota Serah Tugas daripada Tuan Muhammad Alif bin Ismail selaku Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) PDTBB / Setiausaha MDBB kepada Tuan Muhammad Afnan bin Mohd Roze selaku Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) PDTBB / Setiausaha MDBB yang baharu berkuatkuasa 01 Jun 2021. 
 
Sesi penyerahan ini disaksikan oleh Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK. Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua MDBB yang turut menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada Tuan Muhammad Alif Bin Ismail sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan cemerlang beliau semasa berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu (PDTBB) dan Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB). 
 
Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) selaku Timbalan Pengerusi mewakili barisan kepimpinan dan para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menyampaikan cenderamata penghargaan dan kenangan kepada Tuan Muhammad Alif Bin Ismail atas segala jasa dan sumbangan beliau dalam membantu menjayakan pelbagai program dan aktiviti PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu sebelum ini.
 
Tuan Muhammad Alif bin Ismail telah mula menjalankan tugas sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) PDTBB dan Setiausaha MDBB bermula sejak 14 Mei 2020 hingga 31 Mei 2021. Beliau akan memulakan tugas sebagai Penolong Pegawai Kewangan Negeri Kedah (Belanjawan) mulai 01 Jun 2021 di Pejabat Kewangan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Tahniah atas pertukaran dan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan besar yang telah diberikan di Daerah Bandar Baharu sebelum ini.
 
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu mengucapkan Selamat Maju Jaya untuk Tuan Muhammad Alif Bin Ismail dan Selamat Datang dan Berkhidmat di Daerah Bandar Baharu kepada Tuan Muhammad Afnan Bin Mohd Roze.
 
Turut bersama dalam majlis ringkas yang diadakan secara maya ini ialah Ahli-ahli Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB), para Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Bahagian / Unit PDTBB & MDBB serta para warga kerja PDTBB dan MDBB.
 

SUMBANGAN SARAPAN PAGI OLEH PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN (FRONTLINERS) DI PPV BANDAR BAHARU

 30 MEI 2021 (AHAD) 

Sumbangan sarapan pagi sebanyak 60 pek beserta minuman ini disediakan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu kepada petugas-petugas barisan hadapan (frontliners) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bandar Baharu di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu, Serdang, Kedah Darul Aman.

Turut bersama dalam penyampaian sumbangan ini ialah Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Amila Binti Ahmad selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) merangkap Timbalan Pengerusi , Penolong Setiausaha dan Pengerusi Biro Kebajikan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Sumbangan kecil ini sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Baharu atas segala khidmat bakti, jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai yang telah dicurahkan oleh para petugas barisan hadapan (frontliners) dalam memastikan kelancaran proses Program Imunisasi Covid-19 Daerah Bandar Baharu yang bermula sejak 03 Mei 2021 (Fasa 2) .

Semoga semua petugas barisan hadapan (frontliners) dari pelbagai jabatan / agensi dipermudah segala urusan dan diberi kecekalan serta kekuatan dalam menangani pandemik Covid-19 khususnya di Daerah Bandar Baharu.
 

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#KerajaanNegeriKedah
#pdtbbkedahdarulaman
#MesraDanBerinformasi