Wednesday 2 June 2021

MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH (PEMBANGUNAN) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU (PDTBB) DAN SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU (MDBB) SECARA MAYA

 

31 MEI 2021 (ISNIN)

Penyerahan Nota Serah Tugas daripada Tuan Muhammad Alif bin Ismail selaku Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) PDTBB / Setiausaha MDBB kepada Tuan Muhammad Afnan bin Mohd Roze selaku Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) PDTBB / Setiausaha MDBB yang baharu berkuatkuasa 01 Jun 2021. 
 
Sesi penyerahan ini disaksikan oleh Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK. Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua MDBB yang turut menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada Tuan Muhammad Alif Bin Ismail sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan cemerlang beliau semasa berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu (PDTBB) dan Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB). 
 
Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) selaku Timbalan Pengerusi mewakili barisan kepimpinan dan para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menyampaikan cenderamata penghargaan dan kenangan kepada Tuan Muhammad Alif Bin Ismail atas segala jasa dan sumbangan beliau dalam membantu menjayakan pelbagai program dan aktiviti PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu sebelum ini.
 
Tuan Muhammad Alif bin Ismail telah mula menjalankan tugas sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) PDTBB dan Setiausaha MDBB bermula sejak 14 Mei 2020 hingga 31 Mei 2021. Beliau akan memulakan tugas sebagai Penolong Pegawai Kewangan Negeri Kedah (Belanjawan) mulai 01 Jun 2021 di Pejabat Kewangan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Tahniah atas pertukaran dan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan besar yang telah diberikan di Daerah Bandar Baharu sebelum ini.
 
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu mengucapkan Selamat Maju Jaya untuk Tuan Muhammad Alif Bin Ismail dan Selamat Datang dan Berkhidmat di Daerah Bandar Baharu kepada Tuan Muhammad Afnan Bin Mohd Roze.
 
Turut bersama dalam majlis ringkas yang diadakan secara maya ini ialah Ahli-ahli Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB), para Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Bahagian / Unit PDTBB & MDBB serta para warga kerja PDTBB dan MDBB.