Friday 4 June 2021

MAJLIS BACAAN YAASIN BAGI MENDOAKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN DAERAH BANDAR BAHARU

 

03 JUN (KHAMIS)

Majlis Bacaan Yasin Daerah Bandar Baharu ini diadakan secara maya melalui aplikasi Google Meet.
Majlis Bacaan ini disertai oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., yang juga Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) / Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Penghulu Mukim Serdang dan warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu. 
 
Bacaan Surah Yaasin ini dipimpin oleh Penghulu Mukim Serdang, Muhammad Fazil bin Ahmad .
Manakala, bacaan doa pula dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Jafri bin Abu Bakar, Mudir Kompleks Islam Darul Faizin (KIDAF) yang sama-sama turut serta dalam Majlis Bacaan Yaasin ini yang diadakan secara dalam talian. 
 
Antara yang turut serta dalam majlis ini secara dalam talian di kediaman / lokasi masing-masing ialah YB Dato' ADUN Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, ketua-ketua / wakil jabatan / agensi Daerah Bandar Baharu dan para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah serta Majlis Daerah Bandar Baharu. 
 
Tidak ketinggalan, majlis ini turut disertai secara maya oleh Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ahli-ahli Jawatankuasa dan para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu di lokasi masing - masing.
Semoga kita semua memperoleh keberkatan, kesejahteraan dan perlindungan oleh Allah S.W.T serta dihindari dari segala wabak penyakit khususnya pandemik Covid-19 di Daerah Bandar Baharu.