Monday 26 July 2021

CERAMAH GEMPARK (GERAKAN MEMERANGI PEMBERI RASUAH KEDAH) 2021 ANJURAN SPRM NEGERI KEDAH

CERAMAH GEMPARK (GERAKAN MEMERANGI PEMBERI RASUAH KEDAH) 2021 ANJURAN SPRM NEGERI KEDAH

"Jangan Huloq, Jangan Ambik"

Ceramah pada hari ini dimulakan dengan kata-kata aluan dari moderator, Penolong  Penguasa SPRM Negeri Kedah Tuan Faiq bin Hussin dan disusuli dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Puan Rohaya Bt Osman, Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM Negeri Kedah. Ceramah ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting pada jam 10.00 pagi.  

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., yang juga Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut berkesempatan menyertai ceramah khas yang dianjurkan secara maya ini.

Antara pengisian ceramah ini adalah memberi peringatan kepada penjawat awam agar menolak rasuah dan melaporkan perbuatan tersebut kepada SPRM, meningkatkan imej pegawai perkhidmatan awam, terutama penguatkuasa yang sering digambarkan sebagai bermasalah dan sering menerima rasuah, mendedahkan peranan dan fungsi SPRM kepada golongan penjawat awam.

Selain itu, penceramah juga menjelaskan dengan terperinci "Mengapa Integriti Penting Dalam Perkhidmatan Awam". "Integritas" atau Integriti yang membawa maksud Kejujuran, Ketelusan, Kesempurnaan dan Keutuhan adalah aspek yang perlu diterapkan di dalam diri seseorang penjawat awam.

Ceramah yang berlangsung selama 3 jam dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini memberikan banyak informasi kepada penjawat awam mengenai kesalahan-kesalahan rasuah yang sering dilakukan oleh penjawat awam serta orang awam secara langsung dan secara tidak langsung. Pengisian ceramah juga menerangkan tentang hukuman-hukuman yang akan dihadapi oleh penerima rasuah sekiranya tertuduh didakwa di mahkamah.

Turut serta dalam sesi ceramah secara maya ini ialah Cik Siti Nur Atikah bt Moktar, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta  Majlis Daerah Bandar Baharu.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah di atas ceramah yang bermanfaat dan penuh pengajaran ini.

Portal SPRM  : https://www.sprm.gov.my/

Portal : https://webpdt.kedah.gov.my

💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/Puspanita-Daerah-Bandar-Baharu-100293515081608/?_rdc=1&_rdr

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#KerajaanNegeriKedah
#pdtbbkedahdarulaman
#puspanitabandarbaharu
#MesradanBerinformasi
#samasamakitaperangirasuah

 






 

Saturday 24 July 2021

MAJLIS TAHLIL ALLAHYARHAM TUAN ZAINIZAM BIN ZAINUN, KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH (PEMBANGUNAN MASYARAKAT) KUBANG PASU)

Majlis Bacaan Tahlil untuk Allahyarham Tuan Zainizam bin Zainun, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Kubang Pasu yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Sabtu, 24 Julai 2021.

Majlis Bacaan Tahlil ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting pada jam 8.30 malam. Bacaan Tahlil ini dipimpin oleh Encik Ariff Pazillah Mat Isa, Penghulu Mukim Jitra, Daerah Kubang Pasu.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., turut menyertai Majlis Bacaan Tahlil ini secara dalam talian di kediaman beliau.

Turut serta dalam majlis ini ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Dato' Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kedah dan Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Kedah.

Semoga Allah s.w.t menerima semua amalan Allahyarham dan mengangkat darjatnya di sisi Allah s.w.t. dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan mukminin dan solihin.

Portal : https://webpdt.kedah.gov.my

💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#KerajaanNegeriKedah
#pdtbbkedahdarulaman
#MesradanBerinformasi

 





 

Salam Takziah kepada Ahli Keluarga Allahyarham Encik Zainizam bin Zainun (Ketua Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu)

                                                                                                                                         Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡َ رَاجِعُÙˆْÙ†َ

"Sesungguhnya dari Allah s.w.t. kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali"
 
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu merakamkan ucapan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tuan Zainizam bin Zainun, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Kubang Pasu) di atas kepulangan Allahyarham ke rahmatullah pada pagi Sabtu 24 Julai 2021 bersamaan 14 Zulhijjah 1442H. 
 
Semoga Allah S.W.T. mengampuni dan merahmati Allahyarham serta menempatkan Allahyarham di syurga bersama kalangan orang-orang yang beriman .
 
Aamin Ya Rabbal A'lamin.
 
Al-Fatihah (dibaca).
 

 




Thursday 22 July 2021

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL ANJURAN BERSAMA PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU, MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU & PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU


MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL ANJURAN BERSAMA PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU, MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU & PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU
 
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil ini diadakan secara maya melalui aplikasi Google Meet pada jam 8.15 malam dan dipimpin oleh Penghulu Mukim Selama, Encik Fauzi bin Hamid. 
 
Majlis ini diadakan bagi mendoakan kesejahteraan untuk seluruh masyarakat Daerah Bandar Baharu dalam menghadapi ujian pandemik Covid-19 serta mendoakan kepada mereka yang lebih awal telah pulang ke rahmatullah semoga mereka semua beroleh rahmat Allah s.w.t. 
 
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil ini disertai oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Amila binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) / Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan warga kerja Majlis Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu di kediaman / lokasi masing-masing.
 
Semoga kita semua memperoleh keberkatan, kesejahteraan dan perlindungan oleh Allah S.W.T serta dihindari dari segala wabak penyakit khususnya pandemik Covid-19 di Daerah Bandar Baharu.
 

Sunday 18 July 2021

Penyerahan Sumbangan Bantuan Sempena Aidil Adha 1442H / 2021 di Daerah Bandar Baharu

 18 JULAI 2021 (AHAD)

Penyerahan Sumbangan Bantuan Sempena Aidil Adha 1442H / 2021 di Daerah Bandar Baharu

Sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidil Adha 1442H pada 20 Julai 2021, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah berjaya merancang dan melaksanakan Program Penyerahan Sumbangan Bantuan Sempena Aidil Adha 1442H / 2021 kepada mereka yang memerlukan di Daerah Bandar Baharu.

Ketua-ketua Bahagian Majlis Daerah Bandar Baharu dan Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah bermurah hati menyumbang barangan keperluan seperi makanan asas, pakaian terpakai dan wang tunai kepada keluarga-keluarga yang terpilih. Keluarga yang terpilih tersebut adalah dari Mukim Relau, Mukim Sungai Kecil Ilir dan Mukim Sungai Batu dan antara yang kawasan yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19 iaitu di Kampung 300 Kaki (Mukim Relau), Kampung Padang (Mukim Sungai Kechil Ilir) dan Kampung Cherok Meranti (Mukim Sungai Batu).
 
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Puan Hazlina Binti Baharom selaku Pengerusi Biro Kebajikan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan diiringi oleh Cik Nur Aqilah Afiqah Binti Damsek selaku Penolong Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan tersebut ialah Penghulu-penghulu Mukim dan juga wakil dari Angkatan Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu dengan mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan lain-lain jabatan/agensi berkaitan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang di atas sumbangan yang telah diberikan bagi menjayakan program ini.

Semoga sumbangan yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh para penerima khususnya dalam menyambut Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini.

#covid19
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#lindungbandarbaharu
#puspanitabandarbaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua









Thursday 15 July 2021

CERAMAH KHAS AIDILADHA 1442H / 2021 PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU

CERAMAH KHAS AIDILADHA 1442H / 2021 PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU

Sempena menyambut ketibaan sambutan Hari Raya Aidil Adha 1441H / 2021,  Pejabat Tanah dan Daerah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan Biro Agama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menganjurkan Ceramah Khas Sempena Aidil Adha 1441H / 2021 yang bertajuk "Korban Satu Perjuangan" yang diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet dan Facebook Live pada jam 9.00 pagi.

Ceramah ini disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Syeikh Wan Addas bin Wan Abd Hamid, PJK., Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., yang juga Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut berkesempatan menyertai ceramah khas yang dianjurkan secara maya ini.

Ceramah dimulakan dengan aluan serta tazkirah ringkas oleh Penolong Pegawai Agama, Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu, Ustaz Roslan bin Mat.

Antara pengisian ceramah yang bertajuk "Korban Satu Perjuangan" ini ialah amalan-amalan yang digalakkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, sejarah ibadah korban, kepentingan dan kelebihan melaksanakan ibadah korban.

Ceramah yang berlangsung selama satu jam ini diakhiri dengan bacaan doa oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu bagi memohon keselamatan, perlindungan dan kesejahteraan dari Allah s.w.t. untuk seluruh masyarakat di Daerah Bandar Baharu dalam menghadapi ujian pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia kini.

Turut serta dalam ceramah secara maya ini ialah Yang Berhormat Dato' ADUN Bandar Baharu, YBhg. Datin Paduka Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ketua-ketua Jabatan / Agensi di Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu,  Penghulu-penghulu Mukim dan para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Syeikh Wan Addas bin Wan Abd Hamid di atas ceramah yang bermanfaat dan penuh pengajaran ini.

🖱Portal : https://webpdt.kedah.gov.my

💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#KerajaanNegeriKedah
#pdtbbkedahdarulaman
#MesradanBerinformasi