Monday 26 July 2021

CERAMAH GEMPARK (GERAKAN MEMERANGI PEMBERI RASUAH KEDAH) 2021 ANJURAN SPRM NEGERI KEDAH

CERAMAH GEMPARK (GERAKAN MEMERANGI PEMBERI RASUAH KEDAH) 2021 ANJURAN SPRM NEGERI KEDAH

"Jangan Huloq, Jangan Ambik"

Ceramah pada hari ini dimulakan dengan kata-kata aluan dari moderator, Penolong  Penguasa SPRM Negeri Kedah Tuan Faiq bin Hussin dan disusuli dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Puan Rohaya Bt Osman, Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM Negeri Kedah. Ceramah ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting pada jam 10.00 pagi.  

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., yang juga Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut berkesempatan menyertai ceramah khas yang dianjurkan secara maya ini.

Antara pengisian ceramah ini adalah memberi peringatan kepada penjawat awam agar menolak rasuah dan melaporkan perbuatan tersebut kepada SPRM, meningkatkan imej pegawai perkhidmatan awam, terutama penguatkuasa yang sering digambarkan sebagai bermasalah dan sering menerima rasuah, mendedahkan peranan dan fungsi SPRM kepada golongan penjawat awam.

Selain itu, penceramah juga menjelaskan dengan terperinci "Mengapa Integriti Penting Dalam Perkhidmatan Awam". "Integritas" atau Integriti yang membawa maksud Kejujuran, Ketelusan, Kesempurnaan dan Keutuhan adalah aspek yang perlu diterapkan di dalam diri seseorang penjawat awam.

Ceramah yang berlangsung selama 3 jam dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini memberikan banyak informasi kepada penjawat awam mengenai kesalahan-kesalahan rasuah yang sering dilakukan oleh penjawat awam serta orang awam secara langsung dan secara tidak langsung. Pengisian ceramah juga menerangkan tentang hukuman-hukuman yang akan dihadapi oleh penerima rasuah sekiranya tertuduh didakwa di mahkamah.

Turut serta dalam sesi ceramah secara maya ini ialah Cik Siti Nur Atikah bt Moktar, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta  Majlis Daerah Bandar Baharu.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah di atas ceramah yang bermanfaat dan penuh pengajaran ini.

Portal SPRM  : https://www.sprm.gov.my/

Portal : https://webpdt.kedah.gov.my

💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/Puspanita-Daerah-Bandar-Baharu-100293515081608/?_rdc=1&_rdr

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#KerajaanNegeriKedah
#pdtbbkedahdarulaman
#puspanitabandarbaharu
#MesradanBerinformasi
#samasamakitaperangirasuah