Sunday 29 August 2021

PROGRAM MERDEKA @ KOMUNITI DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2021

 30 OGOS 2021 (ISNIN)

Program Merdeka @ Komuniti dan Kibar Jalur ini telah berlangsung dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bandar Baharu di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu, Serdang dan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet pada jam 8.00 pagi.

Puan Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut sama-sama menyertai dan memeriahkan program ini secara dalam talian dari lokasi masing-masing.

Program ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah serta disusuli dengan tayangan Montaj Video Khas yang disediakan oleh Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu.

Program ini kemudiannya diteruskan dengan Ucapan  Perasmian Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2021 Peringkat Daerah Bandar Baharu secara maya oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu dan Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Program diteruskan lagi dengan Gimik Perasmian yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Norsabrina binti Mohd Noor, DSDK., SMK., BCM., PJK., ADUN Bandar Baharu.

Agenda program kemudiannya diteruskan dengan nyanyian Lagu Jalur Gemilang sambil para peserta program sama-sama mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan program diakhiri dengan sesi bergambar para jemputan khas bersama para peserta program secara maya.

Turut serta dalam program secara dalam talian dengan pematuhan SOP yang ditetapkan ini ialah  Tuan Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Ahli-ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, Ketua - ketua / wakil Jabatan-jabatan / agensi di Daerah Bandar Baharu, Pengetua / Guru Besar Sekolah-sekolah di Daerah Bandar Baharu, Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu, warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu dan seluruh lapisan masyarakat Daerah Bandar Baharu.

Semoga program seperti ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat khususnya para penduduk Daerah Bandar Baharu serta meraikan para petugas barisan hadapan Daerah Bandar Baharu sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 dalam situasi negara yang berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu atas kejayaan penganjuran bersama program ini dan jutaan terima kasih kepada semua para jemputan dan peserta yang telah memeriahkan program yang berlangsung ini.

MERDEKA !!!
MERDEKA !!!
MERDEKA !!!


💻 Facebook : https://www.facebook.com/Puspanita-Daerah-Bandar-Baharu-100293515081608/?_rdc=1&_rdr

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#MalaysiaPrihatin
#Merdeka
#MalaysiaKu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#KerajaanNegeriKedah
#puspanitabb
#MesraDanBerinformasi













𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝟔𝟒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍

 30 OGOS 2021 (ISNIN)

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.

𝘐𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴 𝘋𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu

Monday 23 August 2021

𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑼𝑳𝑨𝑵𝑮 𝑻𝑨𝑯𝑼𝑵 𝑲𝑬𝑳𝑨𝑯𝑰𝑹𝑨𝑵

𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑼𝑳𝑨𝑵𝑮 𝑻𝑨𝑯𝑼𝑵 𝑲𝑬𝑳𝑨𝑯𝑰𝑹𝑨𝑵

Kepada Yang Berhormat Dato' Paduka Ammar Bin Dato' Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 24 Ogos 2021.
 
𝘐𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴 𝘋𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu
 

PENYERTAAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU DALAM PROGRAM INFO ON WHEELS (IOW) PEJABAT PENERANGAN DAERAH BANDAR BAHARU BAGI MEMPROMOSIKAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK)

Program "Info On Wheels" yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah merupakan platform dan medium yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dan dasar-dasar kerajaan yang terkini kepada seluruh lapisan masyarakat, antaranya termasuklah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang giat dilaksanakan ketika ini.
 
Bagi membantu mempromosi dan menjayakan Program PICK tersebut, PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah melalui PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Baharu, turut berganding bahu bagi menjayakan dan mempromosikan kempen vaksinasi ini yang bertujuan mencapai imuniti kelompok (herd immunity) dalam tempoh terdekat.
 
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Amila binti Ahmad telah hadir bersama-sama dengan Unit Hebahan, Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu untuk melaksanakan Program Info On Wheels (IOW) ini bertempat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bandar Baharu di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu, Serdang.
 
Beliau turut berkesempatan melaksanakan aktiviti hebahan kepada orang ramai dan para penerima vaksin yang hadir di PPV Bandar Baharu tersebut mengenai Langkah-langkah Pencegahan COVID-19 serta pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
 
Turut serta dalam menjayakan program ini ialah Puan Norasikin binti Haria (Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu), Encik Shamsul Qamar bin bin Shamsuddin (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu) dan Cik Siti Nur Atikah Binti Muktar, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. 
 
Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah :
 
1. Hebahan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1
2. Hebahan Langkah Pencegahan Covid-19
3. Hebahan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Pendaftaran Vaksin
4. Hebahan Status Terkini Covid-19
5. Hebahan Pertandingan Bulan Kebangsaan secara atas talian anjuran JaPen
6. Hebahan Lagu-lagu Patriotik
 
Setelah selesai melaksanakan aktiviti hebahan tersebut bersama Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menyampaikan sumbangan 88 pek bungkusan bubur asyura kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu selaku penyelaras PPV tersebut untuk diagihkan kepada para petugas dan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berkenaan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan para petugas dan sukarelawan dalam membantu kelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) demi mencapai sasaran imuniti kelompok dalam membendung penularan pandemik Covid-19 di kalangan masyarakat. 
 
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bandar Baharu, Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) Bandar Baharu serta semua yang telah terlibat menjayakan program pada hari ini yang dilaksanakan berdasarkan pematuhan SOP yang ditetapkan.
 
"WANITA SEPAKAT"
"NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
 

Friday 20 August 2021

PENYERTAAN SUKARELAWAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU UNTUK PROGRAM OUTREACH VAKSINASI COVID-19 DI MUKIM-MUKIM DAERAH BANDAR BAHARU

Program Outreach Vaksin Covid-19 Daerah Bandar Baharu ini adalah anjuran bersama Pejabat Penghulu-penghulu Mukim Bagan Samak dan Sungai Kechil Ilir, Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu serta CITF Daerah Bandar Baharu.
Program outreach ini diadakan sebagai langkah proaktif CITF Daerah Bandar Baharu dalam usaha mencapai imuniti kelompok (herd immunity) dengan kadar segera dalam tempoh terdekat di Daerah Bandar Baharu.

Bagi membantu dan menyokong usaha murni ini, seramai 10 orang Sukarelawan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah bersama-sama turun padang dan berganding bahu bagi membantu pihak CITF Bandar Baharu dalam menjayakan program ini yang dijalankan bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 3.30 petang.

Sukarelawan PUSPANITA ini telah bertugas membantu para penerima vaksin semasa proses saringan suhu, pendaftaran MySejahtera dan pengurusan para penerima vaksin khususnya dari kalangan warga emas.

Sumbangan kecil tetapi sangat bermakna dari Sukarelawan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini sedikit sebanyak membantu kelancaran proses vaksinasi yang dijalankan semasa program outreach ini berlangsung.

Terdapat 3 tempat yang dipilih untuk dijadikan lokasi Program Outreach  Vaksinasi ini iaitu :

a. 11 Ogos 2021 (Rabu)

Seramai 480 orang telah menerima vaksin Pfizer semasa program outreach yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Lubuk Buntar, Mukim Bagan Samak, Bandar Baharu. 

b. 18 Ogos 2021 (Rabu)

Seramai 444 orang telah menerima vaksin AstraZeneca semasa program outreach yang diadakan di Dewan KEMAS, Pejabat KEMAS Daerah Bandar Baharu, Parit Nibong, Mukim Bagan Samak, Bandar Baharu. 

c. 19 Ogos 2021 (Khamis)

Seramai 260 orang telah menerima vaksin Sinovac semasa program outreach yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ilir, Mukim Sungai Kechil Ilir, Bandar Baharu.

Ketiga-tiga program outreach ini telah melibatkan seramai 62 orang petugas dari Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu dan 60 orang sukarelawan dari CITF Bandar Baharu, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) dan Jawatankuasa-jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam kedua-dua mukim berkenaan.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., yang juga Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut berkesempatan menghadiri program-program outreach ini dan menyantuni para petugas, sukarelawan dan penerima vaksin di lokasi-lokasi tersebut.

Turut serta dalam menjayakan program ini ialah Yang Berhormat Dato' ADUN Bandar Baharu, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB), Penghulu-Penghulu Mukim, Pegawai KEMAS Daerah Bandar Baharu, wakil Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu, Pentadbir-pentadbir Sekolah Kebangsaan Lubuk Buntar dan Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ilir.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih  kepada semua petugas, sukarelawan dan penerima atas kerjasama padu dan komitmen tinggi yang diberikan dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program-program yang telah dilaksanakan ini.

Semoga inisiatif Program Outreach Vaksinasi seumpama ini diharap dapat membantu menyegerakan sasaran pencapaian imuniti kelompok di Daerah Bandar Baharu dalam tempoh terdekat.
 
Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua para sukarelawan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang terlibat atas sumbangan yang telah diberikan.

"WANITA SEPAKAT"

"NEGARA MENINGKAT"

#covid19
#staysafe
#stayhome
#MalaysiakuMerdeka
#Malaysiaprihatin
#merdekamoments
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#PuspanitaBB
#KitaMestiMenang




















 

Saturday 14 August 2021

PROGRAM PEMANTAPAN PROTOKOL ANJURAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH

Program Pemantapan Protokol anjuran PUSPANITA Cawanhan Negeri Kedah ini diadakan secara maya melalui applikasi webex bermula jam 8.00 pagi - 1.00 tengah hari.

Seramai 15 orang ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai program ini secara dalam talian diketuai oleh Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Program ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Tuan Sophian bin Abd Rahman, Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela dari Istana Negara.

Sepanjang 4 jam program ini berlangsung, ianya telah dibahagikan kepada beberapa bahagian pengisian iaitu :
1) Protokol Pengurusan Majlis Rasmi
2) Protokol Pakaian dan Etiket Sosial
3) Protokol Meja Makan

Program ini sangat berfaedah dan bermanfaat kerana banyak ilmu,  pengetahuan dan pengalaman baru yang telah dikongsi oleh penceramah jemputan kepada semua ahli-ahli PUSPANITA yang menyertai program ini.

Turut hadir menyertai program ini ialah ahli-ahli PUSPANITA dari Cawangan Kecil Daerah, Jabatan Negeri Kedah, Jabatan Persekutuan di Negeri Kedah, Badan Berkanun Negeri Kedah dan Persekutuan serta Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah.

Tahniah dan terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas kejayaan penganjuran program yang sangat menarik dan berinformasi pada hari ini.


#covid19
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua