Sunday 29 August 2021

PROGRAM MERDEKA @ KOMUNITI DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2021

 30 OGOS 2021 (ISNIN)

Program Merdeka @ Komuniti dan Kibar Jalur ini telah berlangsung dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bandar Baharu di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu, Serdang dan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet pada jam 8.00 pagi.

Puan Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut sama-sama menyertai dan memeriahkan program ini secara dalam talian dari lokasi masing-masing.

Program ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah serta disusuli dengan tayangan Montaj Video Khas yang disediakan oleh Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu.

Program ini kemudiannya diteruskan dengan Ucapan  Perasmian Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2021 Peringkat Daerah Bandar Baharu secara maya oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu dan Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Program diteruskan lagi dengan Gimik Perasmian yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Norsabrina binti Mohd Noor, DSDK., SMK., BCM., PJK., ADUN Bandar Baharu.

Agenda program kemudiannya diteruskan dengan nyanyian Lagu Jalur Gemilang sambil para peserta program sama-sama mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan program diakhiri dengan sesi bergambar para jemputan khas bersama para peserta program secara maya.

Turut serta dalam program secara dalam talian dengan pematuhan SOP yang ditetapkan ini ialah  Tuan Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Ahli-ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, Ketua - ketua / wakil Jabatan-jabatan / agensi di Daerah Bandar Baharu, Pengetua / Guru Besar Sekolah-sekolah di Daerah Bandar Baharu, Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu, warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu dan seluruh lapisan masyarakat Daerah Bandar Baharu.

Semoga program seperti ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat khususnya para penduduk Daerah Bandar Baharu serta meraikan para petugas barisan hadapan Daerah Bandar Baharu sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 dalam situasi negara yang berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu atas kejayaan penganjuran bersama program ini dan jutaan terima kasih kepada semua para jemputan dan peserta yang telah memeriahkan program yang berlangsung ini.

MERDEKA !!!
MERDEKA !!!
MERDEKA !!!


💻 Facebook : https://www.facebook.com/Puspanita-Daerah-Bandar-Baharu-100293515081608/?_rdc=1&_rdr

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#MalaysiaPrihatin
#Merdeka
#MalaysiaKu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#KerajaanNegeriKedah
#puspanitabb
#MesraDanBerinformasi