Monday 9 August 2021

TAZKIRAH MAAL HIJRAH 1443 H / 2021M PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU

 09 OGOS 2021 (ISNIN)

Sempena menyambut Tahun Baharu Maal Hijrah 1443H, Biro Agama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu telah menganjurkan Program Tazkirah Maal Hijrah Tahun 1443H / 2021M yang diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet dan Facebook Live pada jam 9.00 pagi. 

Tazkirah yang bertajuk *"Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti"* ini disampaikan oleh Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Roslan bin Mohamed yang merupakan mantan Pensyarah Kanan Universiti Malaya /Pendakwah / Panelis TV.  

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., yang juga Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan Puan Amila Binti Ahmad,  Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut berkesempatan menyertai tazkirah yang dianjurkan secara maya ini. 

Program dimulakan dengan aluan dan mukaddimah ringkas oleh moderator Al Fadhil Ustaz Roslan Bin Mat, Penolong Pegawai Agama, Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu. 

Program seterusnya disusuli dengan tazkirah yang bertajuk "Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti" yang membincangkan sejarah dan konsep hijrah yang merupakan aspek penting untuk penyatuan ummah dan masyarakat sejagat. 

Manakala, manhaj rabbani yang berteraskankan dua prinsip utama iaitu berilmu dan kebersamaan sebagai tunjang kehidupan beragama dan  bermasyarakat sangat penting ke arah melahirkan ummah berkualiti dalam mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi.  

Tazkirah yang berlangsung selama satu jam ini diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Roslan bin Mohamed.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan penangguhan ringkas oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu.  

Turut serta dalam ceramah secara maya ini ialah Yang Berhormat Dato' ADUN Bandar Baharu, YBhg. Datin Paduka Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah, Ketua-ketua Jabatan / Agensi di Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu,  Penghulu-penghulu Mukim dan para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan para warga PUSPANITA 

Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan Negeri Kedah.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Roslan bin Mohamed untuk tazkirah dan perkongsian yang sangat bermanfaat dan penuh pengajaran ini serta jutaan terima kasih atas sokongan dan penyertaan dari semua pihak dalam menjayakan majlis ilmu yang diadakan secara dalam konsep norma baharu ini. 

*SALAM MAAL HIJRAH 1443H / 2021*

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#KerajaanNegeriKedah
#pdtbbkedahdarulaman
#puspanitabandarbaharu
#MesradanBerinformasi