Wednesday 20 January 2021

Majlis Amanat Tahun Baru 2021 dan Penyampaian Bantuan Persekolahan kepada Ahli-ahli PUSPANITA Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu

Majlis ini telah berlangsung pada hari Rabu, 20 Januari 2021 bermula jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Bandar Baharu.

Majlis ini telah dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah / YDP MDBB, YBhg. Datuk Haji Muhar Bin Hussain (Ketua UMNO Bahagian Kulim / Bandar Baharu), YBhg. Ustaz Rohaizat bin Jaafar (Ketua Whip / Ahli Majlis MDBB), Tuan KPPD (Pembangunan) / Setiausaha MDBB, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) merangkap Timbalan Pengerusi PUSPANITA Bandar Baharu, Ahli-ahli Majlis MDBB serta para pegawai dan kakitangan PDTBB dan MDBB.

Aturcara majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Setiausaha MDBB dan ucapan / tazkirah oleh Ketua Whip Ahli Majlis MDBB.

Majlis seterusnya diteruskan dengan Majlis Amanat Tahun Baru 2021 oleh YBhg. Tuan Pegawai Daerah / Tuan YDP MDBB.

Majlis kemudiannya disusuli dengan penyampaian  Sumbangan Bantuan Persekolahan oleh Yayasan Bank Rakyat kepada seramai 44 orang waris penerima dari kalangan kakitangan PDTBB dan MDBB termasuk 15 orang ahli PUSPANITA Bandar Baharu.

Sumbangan yang diberikan berupa wang tunai bernilai RM100 dan sebuah beg sekolah kepada seorang pelajar daripada setiap keluarga penerima.

Majlis Amanat Tahun Baru 2021 dan Penyampaian Sumbangan Bantuan Persekolahan ini telah berakhir dengan jayanya sekitar jam 11.30 pagi.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Bank Rakyat atas keprihatinan dan sumbangan bantuan yang telah diberikan kepada semua penerima.

#covid19

#staysafe

#stayhome

#kitajagakita

#kitamestimenang

#PuspanitaBB



























Sunday 17 January 2021

Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Bil. 1/2021

17 Januari 2021 (Ahad)

Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang diadakan di Dewan Seri Serdang, Serdang Kedah telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Tuan Penasihat PUSPANITA Bandar Baharu.

Mesyuarat seterusnya dipengerusikan oleh Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Antara perkara yang dibincangkan ialah pembentangan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2020, pelantikan AJK dan Biro  bagi penggal tahun 2021-2022, pembentangan laporan aktiviti tahun 2020 dan hal-hal lain yang berkaitan PUSPANITA.

Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua AJK, Biro-biro dan semua ahli yang terlibat dalam menjayakan aktiviti sepanjang tahun 2020 lalu. Beliau turut mengingatkan semua ahli untuk mengamalkan pembudayaan norma baharu dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Selain itu, beliau turut berharap agar PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu sentiasa memperkukuhkan kerjasama teguh sesama ahli dalam menjayakan semua aktiviti yang dirancang diadakan pada tahun 2021 ini dan tahun-tahun mendatang.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu turut menzahirkan rasa syukur atas sokongan dan komitmen tinggi yang diberikan oleh semua ahli yang sentiasa sama-sama berganding bahu dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang tahun 2020 lalu.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada AJK dan Biro bagi penggal tahun 2019-2020 atas kerjasama yang diberikan dan berharap agar masih dapat bersama-sama mengembleng tenaga dan menyumbang idea dalam mencapai visi, misi dan objektif persatuan. Beliau turut berharap AJK dan Biro yang akan dilantik bagi tempoh 2021-2022 juga dapat bersama-sama memberikan kerjasama penuh dan komitmen tinggi dalam memastikan kelancaran semua program dan aktiviti PUSPANITA .

Tahniah dan terima kasih untuk seluruh warga PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu.

#covid19

#staysafe

#stayhome

#kitajagakita

#kitamestimenang

#PuspanitaBB

 



















 

Sunday 10 January 2021

Program Back to School PUSPANITA Daerah Bandar Baharu

 10 Januari 2021 (Ahad)

Program Back to School PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu berkesempatan meluangkan masa bagi menyerahkan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada anak-anak ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Sumbangan kelengkapan sekolah yang terdiri daripada baju, seluar, tudung, stokin, dan kasut itu merupakan sumbangan daripada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Seramai 10 orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu menerima sumbangan tersebut.

Turut serta dalam sesi penyerahan ialah Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) merangkap Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Bandar Baharu.

Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu mengucapkan terima kasih kepada PUSPANITA Negeri Kedah atas sumbangan yang diberikan dan beliau berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa.

Manakala Tuan Penasihat PUSPANITA Bandar Baharu mengingatkan anak-anak yang menerima sumbangan supaya mematuhi SOP dan mengawal pergerakan semasa sesi persekolahan kelak.

#covid19

#staysafe

#stayhome

#kitajagakita

#kitamestimenang

#PuspanitaBB