10 Januari 2021 (Ahad)
Program Back to School PUSPANITA
Daerah Bandar Baharu.
Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah
Bandar Baharu berkesempatan meluangkan masa bagi menyerahkan sumbangan
kelengkapan persekolahan kepada anak-anak ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Sumbangan kelengkapan sekolah
yang terdiri daripada baju, seluar, tudung, stokin, dan kasut itu merupakan
sumbangan daripada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
Seramai 10 orang ahli PUSPANITA
Daerah Bandar Baharu menerima sumbangan tersebut.
Turut serta dalam sesi penyerahan
ialah Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah
Bandar Baharu dan Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) merangkap Timbalan
Pengerusi 2 PUSPANITA Bandar Baharu.
Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah
Bandar Baharu mengucapkan terima kasih kepada PUSPANITA Negeri Kedah atas
sumbangan yang diberikan dan beliau berharap sumbangan tersebut sedikit
sebanyak dapat membantu ibu bapa.
Manakala Tuan Penasihat PUSPANITA Bandar Baharu mengingatkan anak-anak yang menerima sumbangan supaya mematuhi SOP dan mengawal pergerakan semasa sesi persekolahan kelak.
#covid19
#staysafe
#stayhome
#kitajagakita
#kitamestimenang
#PuspanitaBB