Saturday 31 December 2022

𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑼𝑳𝑨𝑵𝑮 𝑻𝑨𝑯𝑼𝑵 𝑲𝑬𝑳𝑨𝑯𝑰𝑹𝑨𝑵

 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑼𝑳𝑨𝑵𝑮 𝑻𝑨𝑯𝑼𝑵 𝑲𝑬𝑳𝑨𝑯𝑰𝑹𝑨𝑵

Kepada Yang Berbahagia Datin Azlina Binti Md Zuki , Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu

𝘐𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴 𝘋𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 :
Penasihat,
Ahli-Ahli Jawatankuasa &
Seluruh Warga Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu

💻 Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/
033322033322

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟑

𝘐𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴 𝘋𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 :
𝑷𝒆𝒏𝒂𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕, 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒆𝒓𝒖𝒔𝒊, 𝒅𝒂𝒏
𝑺𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 𝑾𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑷𝒖𝒔𝒑𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 𝑫𝒂𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑩𝒂𝒏𝒅𝒂𝒓 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖
💻 Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/
033322033322

Sunday 4 December 2022

MAJLIS RAMAH MESRA YANG BERBAHAGIA DATO' HAJI ELMI BIN YUSOFF, PENASIHAT PUSPANITA DAERAH BANDAR BAHARU DAN YANG BERBAHAGIA DATIN AZLINA BINTI MD ZUKI, PENGERUSI PUSPANITA DAERAH BANDAR BAHARU BERSAMA BARISAN KEPIMPINAN AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL BANDAR BAHARU

04 DISEMBER 2022 (AHAD)
12.00 TENGAHARI
 
Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan satu Majlis Ramah Mesra Bersama YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki, iaitu Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang baharu bersama-sama barisan kepimpinan ahli jawatankuasa Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu bagi sesi 2022. 
 
Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., BCK. selaku Penasihat Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.
Majlis ini diadakan bagi meraikan kedatangan YBhg. Dato' Haji Elmi bin Yusoff, Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA dan isteri, YBhg. Datin Azlina sebagai Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang baru. YBhg. Dato Haji Elmi bin Yusoff baru memulakan tugas sebagai Pegawai Daerah Bandar Baharu bermula 01 Disember 2022. 
 
Antara agenda Majlis Ramah Mesra ini diadakan adalah untuk memperkenalkan barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dengan Penasihat dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu yang baharu. Seisi perkenalan ringkas ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ahli jawatankuasa bersama kepimpinan tertinggi yang baharu. Selain itu, turut diadakan sesi pembentangan senarai program-program yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2022. Seterusnya, majlis ini diakhiri dengan seisi bergambar bersama Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.
 
Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu amat berbesar hati menerima kedatangan YBhg. Dato' Haji Elmi bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., BCK. dan YBhg. Datin Azlina Binti Md Zuki ke Daerah Bandar Baharu seterusnya menerajui kepimpinan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.
 
💻 Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/
033322033322
 

Thursday 1 December 2022

SALAM TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA DATO' SYED SHAHARUDDIN BIN SYED ABDULLAH

 "Sesungguhnya dari Allah s.w.t. kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali"

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu merakamkan ucapan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dato' Syed Shaharuddin bin Syed Abdullah, Mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kedah Darul Aman, di atas kepulangan Allahyarham ke rahmatullah pada Khamis 1 Disember 2022 bersamaan 6 Jamadilawwal 1444H.
 
Semoga Allah S.W.T. mengampuni dan merahmati Allahyarham serta menempatkan Allahyarham di syurga bersama kalangan orang-orang yang beriman .
 
Aamin Ya Rabbal A'lamin.
 
Al-Fatihah (dibaca).
 
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu