Sunday 4 December 2022

MAJLIS RAMAH MESRA YANG BERBAHAGIA DATO' HAJI ELMI BIN YUSOFF, PENASIHAT PUSPANITA DAERAH BANDAR BAHARU DAN YANG BERBAHAGIA DATIN AZLINA BINTI MD ZUKI, PENGERUSI PUSPANITA DAERAH BANDAR BAHARU BERSAMA BARISAN KEPIMPINAN AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL BANDAR BAHARU

04 DISEMBER 2022 (AHAD)
12.00 TENGAHARI
 
Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan satu Majlis Ramah Mesra Bersama YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki, iaitu Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang baharu bersama-sama barisan kepimpinan ahli jawatankuasa Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu bagi sesi 2022. 
 
Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., BCK. selaku Penasihat Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.
Majlis ini diadakan bagi meraikan kedatangan YBhg. Dato' Haji Elmi bin Yusoff, Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA dan isteri, YBhg. Datin Azlina sebagai Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang baru. YBhg. Dato Haji Elmi bin Yusoff baru memulakan tugas sebagai Pegawai Daerah Bandar Baharu bermula 01 Disember 2022. 
 
Antara agenda Majlis Ramah Mesra ini diadakan adalah untuk memperkenalkan barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dengan Penasihat dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu yang baharu. Seisi perkenalan ringkas ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ahli jawatankuasa bersama kepimpinan tertinggi yang baharu. Selain itu, turut diadakan sesi pembentangan senarai program-program yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2022. Seterusnya, majlis ini diakhiri dengan seisi bergambar bersama Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.
 
Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu amat berbesar hati menerima kedatangan YBhg. Dato' Haji Elmi bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., BCK. dan YBhg. Datin Azlina Binti Md Zuki ke Daerah Bandar Baharu seterusnya menerajui kepimpinan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.
 
💻 Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/
033322033322