Sunday 13 December 2020

Mesyuarat Biro-biro PUSPANITA Daerah Bandar Baharu Bil.3/2020.

13 Disember 2020 (Ahad)

Mesyuarat Biro-biro PUSPANITA Daerah Bandar Baharu Bil.3/2020.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu.

Ahli-ahli mesyuarat dibentangkan dengan Penyata Kewangan PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Laporan Pelaksanaan Aktiviti / Program PUSPANITA Daerah Bandar Baharu sepanjang tahun 2020.

Ahli-ahli mesyuarat juga turut dimaklumkan bahawa Laporan Tahunan PUSPANITA Daerah Bandar Baharu perlu dihantar kepada PUSPANITA Negeri Kedah selewat-lewatnya pada 15 Disember 2020.

Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dalam ucapan penutupnya menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua Biro-biro dan AJK yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan semua program PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun 2020.


Tahniah dan terima kasih kepada seluruh Warga PUSPANITA Daerah Bandar Baharu atas segala sumbangan dan komitmen tinggi yang telah diberikan.











 

Kursus Pengurusan Jenazah anjuran PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Seminar, Masjid Al-Fateh, Serdang.


13 Disember 2020 (Ahad)

Kursus Pengurusan Jenazah anjuran PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Seminar, Masjid Al-Fateh, Serdang.

Program ini dirasmikan oleh Puan Amila binti Ahmad (Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu). Turut hadir semasa Majlis Perasmian kursus tersebut ialah Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa ilmu pengurusan jenazah  merupakan salah satu cabang ilmu fardhu kifayah yang sangat penting untuk dipelajari dan boleh dipraktikkan seandainya berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan rakan taulan tanpa terlalu bergantung kepada pihak lain untuk menguruskannya pada bila-bila masa.

Kursus ini merupakan program penutup tirai PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bagi tahun 2020.

Seramai 20 orang ahli PUSPANITA Bandar Baharu telah menghadiri kursus ini termasuklah Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) selaku Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Bandar Baharu.

PUSPANITA Daerah Bandar Baharu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penceramah kursus, Ustazah Norhayati bt Hj. Masjuri di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada semua para peserta kursus. Semua peserta memperoleh sijil penyertaan yang disampaikan oleh Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Semoga semua peserta yang hadir memperolehi  ilmu yang bermanfaat dan meningkatkan kefahaman masing-masing dalam aspek pengurusan jenazah khususnya wanita.

                             

















 

Pertandingan Persahabatan Badminton 2020 antara PUSPANITA Bandar Baharu vs PERKEP Bandar Baharu.


12 Disember 2020 (Sabtu)

Pertandingan Persahabatan Badminton 2020 antara PUSPANITA Bandar Baharu vs PERKEP Bandar Baharu.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bertempat di Dewan Seri Serdang, Kedah.

Pertandingan Persahabatan pada kali ini berkonsepkan pertandingan dan pungutan mata secara berpasukan.

Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Terbuka dan Kategori VIP.

Bagi kategori terbuka, sebanyak 5 regu yang terdiri dari ahli-ahli PUSPANITA Bandar Baharu menentang 5 regu dari PERKEP Bandar Baharu . Johan bagi kategori ini memihak kepada PUSPANITA Bandar Baharu dengan kemenangan mata 3-2.

Manakala bagi kategori VIP, 3 regu dari PUSPANITA Bandar Baharu yang salah satu regunya diwakili oleh Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bergandingan bersama Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Bandar Baharu. Johan bagi kategori VIP ini juga memihak kepada pasukan PUSPANITA Bandar Baharu dengan kemenangan mata 2-1.

Majlis seterusnya diakhiri dengan acara penyampaian hadiah dan sijil penyertaan oleh Penasihat PUSPANITA Bandar Baharu.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) selaku Penolong Pengurus Pasukan PUSPANITA Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis MDBB , YBhg. Datuk Hj. Muhar Bin Hussain (Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu) dan Puan Shaliza bt Yan (Pengerusi PERKEP Bandar Baharu).

Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program pada hari ini.
























 

Sunday 6 December 2020

Program Gotong-Royong Batu Hampar, Air Puteh, Serdang Kedah yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Bandar Baharu.

 6 DISEMBER 2020 (AHAD)

Program Gotong-Royong Batu Hampar, Air Puteh, Serdang Kedah yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Bandar Baharu.

Program dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu/ Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Program kemudiannya diteruskan dengan aktiviti senamrobik serta taklimat ringkas oleh Pihak Majlis Belia Daerah Bandar Baharu.

Aktiviti gotong-royong ini  melibatkan beberapa  kawasan iaitu kawasan sekitar rekreasi Batu Hampar, kawasan kolam, gerai-gerai, tandas awam dan jalan masuk.

Turut serta bersama-sama ialah Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis MDBB, Penghulu-Penghulu Mukim, Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) dan Semua Agensi Daerah Bandar Baharu. Beberapa orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut terlibat dalam program ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang terlibat !👏🏻👏🏻

#covid19

#staysafe

#kitajagakita

#PuspanitaBB

#kedahsejahteranikmatuntuksemua