Sunday 13 December 2020

Pertandingan Persahabatan Badminton 2020 antara PUSPANITA Bandar Baharu vs PERKEP Bandar Baharu.


12 Disember 2020 (Sabtu)

Pertandingan Persahabatan Badminton 2020 antara PUSPANITA Bandar Baharu vs PERKEP Bandar Baharu.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bertempat di Dewan Seri Serdang, Kedah.

Pertandingan Persahabatan pada kali ini berkonsepkan pertandingan dan pungutan mata secara berpasukan.

Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Terbuka dan Kategori VIP.

Bagi kategori terbuka, sebanyak 5 regu yang terdiri dari ahli-ahli PUSPANITA Bandar Baharu menentang 5 regu dari PERKEP Bandar Baharu . Johan bagi kategori ini memihak kepada PUSPANITA Bandar Baharu dengan kemenangan mata 3-2.

Manakala bagi kategori VIP, 3 regu dari PUSPANITA Bandar Baharu yang salah satu regunya diwakili oleh Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bergandingan bersama Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Bandar Baharu. Johan bagi kategori VIP ini juga memihak kepada pasukan PUSPANITA Bandar Baharu dengan kemenangan mata 2-1.

Majlis seterusnya diakhiri dengan acara penyampaian hadiah dan sijil penyertaan oleh Penasihat PUSPANITA Bandar Baharu.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) selaku Penolong Pengurus Pasukan PUSPANITA Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis MDBB , YBhg. Datuk Hj. Muhar Bin Hussain (Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu) dan Puan Shaliza bt Yan (Pengerusi PERKEP Bandar Baharu).

Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program pada hari ini.