Friday 26 April 2024

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇


𝟐𝟕 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮)

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇




PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu merafak sembah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYAM Tunku Mahkota Kedah.

Patik-patik sekalian mendoakan agar DYAM Tunku Mahkota Kedah sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT sepanjang zaman.

𝑺𝒆𝒎𝒃𝒂𝒉 𝑻𝒂𝒌𝒛𝒊𝒎 𝑫𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Serta Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua



𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

 

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

ISNIN ( 22.04.2024)



















Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2024 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman telah berlangsung di Dataran Bandar Baharu, Bandar Baharu, Kedah bermula jam 7.00 pagi dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Y.A.B Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK.

Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta daripada pelbagai jabatan dalam negeri Kedah disertai dengan ketibaan Y.A.B. Menteri Besar Kedah dan dif-dif jemputan.

Setelah itu, diadakan sesi Taklimat Aktiviti Pembersihan Sungai – LSANK Buddies @ Sungai Kerian dan disusuli dengan aktiviti river cruise serta acara sukan rakyat.

Setelah selesai aktiviti pembersihan sungai, Y.A.B Menteri Besar Kedah dan dif-dif jemputan di bawa melawat ke booth pameran jabatan dan beramah mesra dengan pegawai-pegawai serta pengunjung di dataran tersebut.

Program diteruskan lagi dengan acara gimik perasmian Sambutan Hari Air Tahun 2024 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman oleh Y.A.B. Menteri Besar Kedah serta penyampaian cenderahati kepada jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dalam menjayakan program dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang acara sukan rakyat.

Seramai 25 orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut hadir menyerikan lagi majlis ini. Semoga ikatan ukhuwah antara ahli-ahli PUSPANITA ini terus utuh.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇


RABU (17.04.2024)























YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Tahun 2024/1445H bertempat di Royal Kedah Club, Alor Setar, Kedah.

Majlis ini juga dianjurkan bersama dengan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. Selain meraikan tetamu jemputan yang hadir, sumbangan kepada 20 orang penerima dan wakil penerima PUSPANITA Di Hati dari kesemua 12 daerah di Kedah turut disampaikan.

Sumbangan wang tunai dan juga kerusi roda telah disampaikan oleh YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah kepada penerima yang layak.

Seramai 6 orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut hadir menyerikan lagi majlis ini. Terima kasih diucapkan kepada PUSPANITA Negeri Kedah diatas jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2024/1445H. Semoga ikatan ukhuwah antara ahli-ahli PUSPANITA Negeri Kedah ini terus utuh.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Thursday 25 April 2024

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇✨✨

 𝟏𝟎 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚)


𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇✨✨





𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉𝒏𝒚𝒂 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒊𝒕 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑨𝒘𝒂𝒏,
𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉𝒏𝒚𝒂 𝑳𝒂𝒖𝒕 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑲𝒆𝒃𝒊𝒓𝒖𝒂𝒏,
𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉𝒏𝒚𝒂 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑲𝒆𝒊𝒏𝒔𝒂𝒇𝒂𝒏,
𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉𝒏𝒚𝒂 𝑺𝒚𝒂𝒘𝒂𝒍 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒂𝒇𝒂𝒏.

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢
𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫 & 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧

𝐼𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝐷𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐈𝐓 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟒𝐌

 

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐈𝐓 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟒𝐌

Tarikh   : 04 April 2024 (Rabu)
Masa     : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan PDTBB, Serdang, Kedah
































PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menyertai  Majlis Penyampaian Sumbangan Duit Raya Tahun 1445H/2024M yang diadakan di Pejabat Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK. Pegawai Daerah Bandar Baharu, merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Daerah Bandar Baharu diiringi oleh Tuan Fauzul Fitri Bin Dato' Haji Abdul Rahman  , Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah),  Tuan Mohamad Izwan Bin Dato' Paduka Mohd Omar, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Cik Siti Nur Atikah Binti Moktar, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) merangkap Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Tuan Zulfadzrin Bin Noor Din Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah).

Tuan Pegawai Daerah turut mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua kakitangan Pejabat Daerah  dan Tanah Bandar Baharu dan Ahli- ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua