Thursday 29 February 2024

𝐃𝐈𝐒𝐊𝐔𝐒𝐈 𝐅𝐈𝐐𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟏𝟒𝟒𝟓

 𝐃𝐈𝐒𝐊𝐔𝐒𝐈 𝐅𝐈𝐐𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟏𝟒𝟒𝟓

















Tarikh   : 28 Februari 2024 (Rabu)
Masa     : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : The Event Hall, Serdang, Kedah

Diskusi Fiqh Ramadan Peringkat Daerah Bandar Baharu untuk tahun 2024/1445 telah diadakan pada 28 Februari 2024 bertempat di Event Halls, Serdang, Kedah.  Program ini dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Kedah, Majlis Daerah Bandar Baharu dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Panel jemputan adalah  penceramah yang dibawakan khas daripada Jabatan Mufti Negeri Kedah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Ahli panel yang terlibat adalah  YBhg.Tuan Syeikh Marwazi bin Dziyauddin (Timbalan Mufti Negeri Kedah),  YBhg. Dr. Syeikh Hazizan bin Md. Desa (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah) dan bersama moderator YBhg. Tuan Sheikh Mohd Fadhil Bin Abd. Rahman (Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu).

Program ini dihadiri oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK., merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bersama-sama Jabatan dan Agensi Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjid Daerah Bandar Baharu, Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu serta guru-guru agama daerah Bandar Baharu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Agama Bandar Baharu atas anjuran program ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Friday 9 February 2024

🍊𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒🍊


𝟏𝟎 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮)

🍊𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒🍊



Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 kepada semua masyarakat Cina di Malaysia!

Semoga sambutan tahun baharu ini membawa kegembiraan, kebahagiaan, dan kejayaan yang berkekalan kepada semua.

Selamat Tahun Baru Cina 2024!
Gong Xi Fa Cai! 🐉🍊

Ikhlas Daripada :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Serta Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Wednesday 7 February 2024

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐈𝐒𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐈𝐊𝐑𝐀𝐉

 


𝟎𝟖 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐚𝐛𝐮)

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐈𝐒𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐈𝐊𝐑𝐀𝐉 :
𝟐𝟕 𝐑𝐄𝐉𝐀𝐁 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 | 𝟖 𝐅𝐄𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟒





Selamat menyambut Israk Mikraj kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Semoga dengan penghayatan daripada peristiwa Israk Mikraj ini menjadikan kita lebih tawaduk dan terus istiqamah dalam mengerjakan amal kebaikan.

Ikhlas Daripada :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Serta Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 “𝐁𝐀𝐂𝐊 𝐓𝐎 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋” (𝐁𝐓𝐒) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐄 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐘, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (𝐈𝐍𝐂𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍)


𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 “𝐁𝐀𝐂𝐊 𝐓𝐎 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋” (𝐁𝐓𝐒) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐄 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐘, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (𝐈𝐍𝐂𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍)

















Tarikh   : 04 Februari 2024 (Ahad)
Masa     : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Negeri, Alor Setar, Kedah

Majlis Pengurniaan Sumbangan Program “Back To School” Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Tuanku Raja Puan Muda Kedah, bertempat di Dewan Seri Negeri, Alor Setar.

Program yang diuruskan oleh Biro Kebajikan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dengan kerjasama State Secretary, Kedah (Incorporation) ini adalah merupakan sebuah inisiatif tanggungjawab sosial berbentuk sumbangan wang tunai berjumlah RM150.00 bagi setiap pelajar untuk menampung pembelian kelengkapan persekolahan para pelajar yang terlibat. Program ini juga diadakan bertujuan untuk menyantuni anak-anak Ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan para pelajar dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Tahun 2024 merupakan tahun kelima program ini diadakan dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 300 orang dari semua daerah di negeri Kedah. Selain daripada pengurniaan sumbangan kepada pelajar yang hadir, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Kedah turut sudi mengurniakan sumbangan kepada 12 orang Pengerusi Cawangan Kecil Daerah di Negeri Kedah bagi pelaksanaan di peringkat daerah.

Beberapa ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah hadir ke Program Back To School Tahun 2024 anjuran Puspanita Cawangan Negeri Kedah. Turut serta Puan Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas anjuran program ini. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban para waris pelajar terlibat serta menyuntik semangat pelajar untuk bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua





Monday 5 February 2024

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐁 𝐁𝐈𝐋. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑

 


𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐁 𝐁𝐈𝐋. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑

















Tarikh   : 30 Januari 2024 (Selasa)
Masa     : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan perjumpaan Pegawai Daerah Bandar Baharu bersama kepimpinan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan Mesyuarat Biro Puspanita Bandar Baharu pada 30 Januari 2024 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Mesyuarat telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK dan seterusnya membincangkan mengenai agenda-agenda Mesyuarat pada hari ini.

Mesyuarat seterusnya dipengerusikan oleh Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan  Shuhaida binti Bideng. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Cik Siti Nur Atikah binti Moktar, Timbalan Pengerusi III PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Halwani Abd Halim, Setiausaha PUSPANITA Bandar Baharu, Cik Nur Aqilah Afiqah Damsek, Penolong Setiausaha serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Biro-biro PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Mesyuarat membincangkan berkenaan perancangan program dan aktiviti PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang dirancang dan bakal dilaksanakan pada tahun 2024.

Puan Pengerusi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada kesemua ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang telah sama menggembleng tenaga dalam menjayakan setiap program dan aktiviti sepanjang tahun 2023.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 1. 00 tengahari.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐋𝐈, 𝐔𝐋𝐔 𝐋𝐄𝐆𝐎𝐍𝐆, 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆

 

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐋𝐈, 𝐔𝐋𝐔 𝐋𝐄𝐆𝐎𝐍𝐆, 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆

 






























Tarikh   : 20 Januari 2024 (Sabtu)
Masa     : 8.30 pagi
Tempat : Perkampungan Orang Asli, Ulu Lengong, Baling, Kedah

Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai Program Turun Padang ke Perkampungan Orang Asli, Ulu Legong Baling Kedah. Program ini merupakan anjuran Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga Puspanita Cawangan Negeri Kedah. Program bermula sekitar jam 8.30 pagi di Dewan Serbaguna Kg. Lubuk Legong, Baling, Kedah.

Turut hadir ke program ini ialah Puan Shuhaida binti Bideng Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Halwani binti Abd Halim, Setiausaha PUSPANITA Bandar Baharu dan Puan Hazlina binti Baharom.

Program dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Ubal dari Lembaga Zakat Negeri Kedah dan diikuti dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datin Fauziah Binti Halim, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Baling dan ucapan oleh YBhg. Datin Seri Norhasni Binti Ishak, Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Kedah.

Peserta program tidak ketinggalan untuk menyaksikan persembahan oleh masyarakat orang asli Ulu Legong. Seperti yang sedia maklum, orang asli di Ulu Legong, Baling merupakan orang asli yang terkecil dan tertua di Semenanjung Malaysia yang datangnya dari suku kaum Kensiu.

Setelah selesai persembahan aturcara diteruskan dengan majlis sumbangan kepada masyarakat orang asli tersebut sebanyak 83 penduduk menerima ' Food Basket'. Kami turut berpeluang untuk melawat rumah orang asli ketika sesi pemberian sumbangan tersebut.

Setelah itu, kami turut berpeluang untuk merasai pengalaman penyediaan Kerabu Beka dan Kerabu Pucuk Paku yang merupakan sajian unik masyarakat Orang Asli di sini. Sebelum pulang kami disajikan dengan jamuan makan tengah hari.

Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak penganjur kerana menjemput Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Bahru. Semoga dengan adanya program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak seterusnya dapat mengeratkan silaturahim diantara ahli-ahli seluruh negeri Kedah.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua