Monday 5 February 2024

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 "𝐂𝐋𝐄𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃 𝐖𝐀𝐋𝐊" @ 𝐓𝐀𝐒𝐈𝐊 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐕𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐇𝐄 𝐄𝐀𝐑𝐓𝐇 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓𝐒 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐘𝐎𝐔

 


𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 "𝐂𝐋𝐄𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃 𝐖𝐀𝐋𝐊" @ 𝐓𝐀𝐒𝐈𝐊 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐕𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐇𝐄 𝐄𝐀𝐑𝐓𝐇 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓𝐒 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐘𝐎𝐔












Tarikh   : 10 Januari 2024 (Rabu)
Masa     : 8.30 pagi
Tempat : Taman Tasik Awam Serdang, Serdang, Kedah

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai Program "Clean And Walk" @ Tasik Awam Serdang anjuran Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu yang diadakan di Taman Tasik Awam Serdang, Serdang, Kedah. Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi.

Program diteruskan dengan acara senamrobik dengan jurulatih yang juga merupakan seorang kakitangan di Majlis Daerah Bandar Baharu iaitu En. Abdul Rashid Bin Abu. Setelah selesai acara senamrobik, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah serta disusuli dengan bacaan doa daripada kakitangan Pejabat Daerah Bandar Baharu.

Selepas itu, Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK menyampaikan amanat bagi tahun 2024 kepada seluruh kakitangan pentadbiran Daerah Bandar Baharu. Beliau memberi penekanan berkenaan peranan dan kecekapan melaksanakan tugas sebagai penjawat awam dalam skop masing-masing bermula dari bawah sehinggalah pengurusan tertinggi dalam usaha memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat setempat.

Akhir sekali, setelah Tuan Pegawai Daerah memberikan amanat, majlis diteruskan dengan program “Clean And Walk” di mana Tuan Pengerusi serta seluruh kakitangan serta ahli PUSPANITA Bandar Baharu yang hadir dibahagikan kawasan gotong-royong untuk mengutip sampah dan membersihkan kawasan sekitar Taman Tasik Serdang bagi tujuan pengindahan dan penghijauan bumi.

Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu kerana telah menyertai program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua