Monday 5 February 2024

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐁 𝐁𝐈𝐋. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑

 


𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐁 𝐁𝐈𝐋. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑

















Tarikh   : 30 Januari 2024 (Selasa)
Masa     : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan perjumpaan Pegawai Daerah Bandar Baharu bersama kepimpinan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan Mesyuarat Biro Puspanita Bandar Baharu pada 30 Januari 2024 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Mesyuarat telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK dan seterusnya membincangkan mengenai agenda-agenda Mesyuarat pada hari ini.

Mesyuarat seterusnya dipengerusikan oleh Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan  Shuhaida binti Bideng. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Cik Siti Nur Atikah binti Moktar, Timbalan Pengerusi III PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Halwani Abd Halim, Setiausaha PUSPANITA Bandar Baharu, Cik Nur Aqilah Afiqah Damsek, Penolong Setiausaha serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Biro-biro PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Mesyuarat membincangkan berkenaan perancangan program dan aktiviti PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang dirancang dan bakal dilaksanakan pada tahun 2024.

Puan Pengerusi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada kesemua ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang telah sama menggembleng tenaga dalam menjayakan setiap program dan aktiviti sepanjang tahun 2023.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 1. 00 tengahari.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua