πππππππ π πππ πππππππ πππππππππ ππππππ ππππππ ππππππ πππππ ππππ/ππππ
Tarikh : 28 Februari 2024 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : The Event Hall, Serdang, Kedah
Diskusi Fiqh Ramadan Peringkat Daerah Bandar Baharu untuk tahun 2024/1445 telah diadakan pada 28 Februari 2024 bertempat di Event Halls, Serdang, Kedah. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Kedah, Majlis Daerah Bandar Baharu dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Panel jemputan adalah penceramah yang dibawakan khas daripada Jabatan Mufti Negeri Kedah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.
Ahli panel yang terlibat adalah YBhg.Tuan Syeikh Marwazi bin Dziyauddin (Timbalan Mufti Negeri Kedah), YBhg. Dr. Syeikh Hazizan bin Md. Desa (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah) dan bersama moderator YBhg. Tuan Sheikh Mohd Fadhil Bin Abd. Rahman (Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu).
Program ini dihadiri oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK., merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bersama-sama Jabatan dan Agensi Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjid Daerah Bandar Baharu, Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu serta guru-guru agama daerah Bandar Baharu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Agama Bandar Baharu atas anjuran program ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan program ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
π» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua