Monday 5 February 2024

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐋𝐈, 𝐔𝐋𝐔 𝐋𝐄𝐆𝐎𝐍𝐆, 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆

 

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐋𝐈, 𝐔𝐋𝐔 𝐋𝐄𝐆𝐎𝐍𝐆, 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆

 






























Tarikh   : 20 Januari 2024 (Sabtu)
Masa     : 8.30 pagi
Tempat : Perkampungan Orang Asli, Ulu Lengong, Baling, Kedah

Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai Program Turun Padang ke Perkampungan Orang Asli, Ulu Legong Baling Kedah. Program ini merupakan anjuran Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga Puspanita Cawangan Negeri Kedah. Program bermula sekitar jam 8.30 pagi di Dewan Serbaguna Kg. Lubuk Legong, Baling, Kedah.

Turut hadir ke program ini ialah Puan Shuhaida binti Bideng Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Halwani binti Abd Halim, Setiausaha PUSPANITA Bandar Baharu dan Puan Hazlina binti Baharom.

Program dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Ubal dari Lembaga Zakat Negeri Kedah dan diikuti dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datin Fauziah Binti Halim, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Baling dan ucapan oleh YBhg. Datin Seri Norhasni Binti Ishak, Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Kedah.

Peserta program tidak ketinggalan untuk menyaksikan persembahan oleh masyarakat orang asli Ulu Legong. Seperti yang sedia maklum, orang asli di Ulu Legong, Baling merupakan orang asli yang terkecil dan tertua di Semenanjung Malaysia yang datangnya dari suku kaum Kensiu.

Setelah selesai persembahan aturcara diteruskan dengan majlis sumbangan kepada masyarakat orang asli tersebut sebanyak 83 penduduk menerima ' Food Basket'. Kami turut berpeluang untuk melawat rumah orang asli ketika sesi pemberian sumbangan tersebut.

Setelah itu, kami turut berpeluang untuk merasai pengalaman penyediaan Kerabu Beka dan Kerabu Pucuk Paku yang merupakan sajian unik masyarakat Orang Asli di sini. Sebelum pulang kami disajikan dengan jamuan makan tengah hari.

Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak penganjur kerana menjemput Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Bahru. Semoga dengan adanya program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak seterusnya dapat mengeratkan silaturahim diantara ahli-ahli seluruh negeri Kedah.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua