𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐖𝐀𝐑𝐍𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐒𝐀
28 September 2025 (Ahad)
Pertandingan Mewarna Bertemakan Kemerdekaan bagi Kanak-kanak dan Dewasa bersempena dengan Program Bersama Komuniti Jiwa Merdeka Bebas Dadah telah diadakan pada 28 September 2025 jam 4.30 petang.
Seramai 25 orang peserta bagi kategori kanak-kanak dan 20 orang peserta bagi kategori dewasa telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme serta meningkatkan kreativiti peserta dalam mengekspresikan semangat kemerdekaan melalui seni mewarna. Aktiviti ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Pertandingan telah diadili oleh barisan juri daripada PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Program ini berlangsung dengan meriah dan berjaya mencapai matlamatnya untuk menyemai semangat cinta akan negara dalam kalangan peserta dan komuniti.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya dalam pertandingan ini. Hadiah dan sijil penghargaan disampaikan kepada pemenang sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kreativiti.
TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua