Wednesday, 16 September 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐑𝐓 𝐌𝐀𝐊𝐄𝐔𝐏 𝐂𝐀𝐍𝐕𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐉𝐎𝐌 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓

 


𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐑𝐓 𝐌𝐀𝐊𝐄𝐔𝐏 𝐂𝐀𝐍𝐕𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐉𝐎𝐌 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓









16 Ogos 2026 (Ahad)

Ahli PUSPANITA Cawangan Kechil Daerah Bandar Baharu, Puan Suzimuliani binti Mat Radzi telah menyertai pertandingan Art Makeup Canvas sempena Hari Sihat Minda Sejahtera yang berlangsung pada 16 Ogos 2026 bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah.

Pertandingan ini mengetengahkan kreativiti dan bakat peserta dalam menghasilkan karya seni solekan yang menarik dan kreatif. Puan Suzimuliani telah berjaya meraih Tempat Kedua dalam pertandingan tersebut.

Tahniah diucapkan atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada ahli PUSPANITA untuk terus menyerlahkan bakat dan kreativiti dalam pelbagai bidang.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua