Wednesday, 16 September 2026

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐉𝐎𝐌 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀

 

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐉𝐎𝐌 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀



















16 Ogos 2026 (Ahad)

Karnival Jom Pakat Sihat sempena Kedah Minda Sejahtera telah berlangsung pada Ahad, 16 Ogos 2026 bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah.

Program ini mengetengahkan pelbagai aktiviti berkaitan kesihatan seperti Fun Walk, saringan kesihatan, derma darah, pemeriksaan gigi, percuma anak pokok kelapa, perkongsian khas bersama influencer serta reruai jualan.

Ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut mengambil bahagian dalam program ini dengan menyertai aktiviti derma darah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap usaha membantu mereka yang memerlukan.

Penglibatan ini bukan sahaja menggalakkan amalan hidup sihat, malah memupuk semangat kesukarelawanan dan keprihatinan dalam kalangan ahli PUSPANITA terhadap kesejahteraan masyarakat.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua