𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐅𝐔𝐍 𝐖𝐀𝐋𝐊 4𝐊𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐉𝐎𝐌 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐇𝐀T
16 Ogos 2026 (Ahad)
Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut serta memeriahkan Program Fun Walk 4KM sempena Karnival Jom Pakat Sihat – Kedah Minda Sejahtera yang telah diadakan pada Ahad, 16 Ogos 2026 bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah.
Program dimulakan dengan aktiviti aerobik bagi menyemarakkan semangat dan kecergasan para peserta sebelum meneruskan acara Fun Walk sejauh 4 kilometer.
Lebih menarik, 100 peserta terawal yang tiba di garisan penamat menerima medal sebagai tanda penghargaan atas penyertaan dan komitmen dalam menjayakan program.
Penyertaan ahli PUSPANITA dalam program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga PUSPANITA serta komuniti setempat.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua








