Saturday, 10 October 2026

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈

 

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈







14 September 2026 (Isnin)

PUSPANITA Daerah Bandar Baharu melalui Biro Kebajikan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, yang diwakili oleh Puan Norsharfini Binti Samsuri, telah menyampaikan sumbangan PUSPANITA DiHati bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Sumbangan daripada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah melalui Biro Kebajikan tersebut telah disampaikan kepada waris Puan Noraini binti Sa yang sedang diuji dengan penyakit jantung.

Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan, kasih sayang dan sokongan berterusan daripada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah kepada ahli serta keluarga yang sedang melalui ujian.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat sedikit sebanyak meringankan beban serta memberi semangat dan kekuatan kepada Puan Noraini dan keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan serta kesembuhan.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua