Wednesday 27 March 2024

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ก๐—จ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ ๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฑ๐—›✨

๐Ÿ๐Ÿ– ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’|๐Ÿ๐Ÿ• ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐ก๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ“๐‡

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ก๐—จ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ ๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฑ๐—›✨

Nuzul Quran, malam peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

Suatu malam yang penuh keberkatan dan kebaikan buat seluruh umat Islam.

Hayati peristiwa agung Nuzul Quran dan jangan biarkan malam penuh keberkatan ini berlalu pergi tanpa kita merebut sebanyak mungkin ganjaran yang disediakan.
Banyakkan berzikir , membaca Al-Quran, selawat dan solat sunat.

Malam Nuzul Quran. Semoga yang sakit disembuhkan, yang susah disenangkan, yang sempit dilapangkan dan yang sedih dibahagiakan.
Aamiin๐Ÿคฒ

๐’a๐ฅa๐ฆ ๐u๐ณu๐ฅ ๐u๐ซa๐ง

๐ผ๐‘˜โ„Ž๐‘™๐‘Ž๐‘  ๐ท๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

๐Ÿ’ป Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Tuesday 26 March 2024

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐ˆ๐‘๐Ž-๐๐ˆ๐‘๐Ž ๐๐”๐’๐๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐๐ˆ๐‹.๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐ˆ๐‘๐Ž-๐๐ˆ๐‘๐Ž ๐๐”๐’๐๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐๐ˆ๐‹.๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก    : ๐Ÿ๐Ÿ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ)
๐Œ๐š๐ฌ๐š      : ๐Ÿ๐ŸŽ.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐๐š๐ ๐ข
๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ  : ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐†๐ž๐ซ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ƒ๐“๐๐

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan satu Mesyuarat Biro-Biro PUSPANITA Bilangan 1 Tahun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Serdang, Kedah pada 21 April 2024.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Cik Siti Nur Atikah binti Moktar. Mesyuarat ini turut dihadiri Puan Siti Halwani Abd Halim, Setiausaha PUSPANITA Bandar Baharu, Cik Nur Aqilah Afiqah Damsek, Penolong Setiausaha serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Biro-biro PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

๐Ÿ’ป Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐๐€๐Š๐”๐‹ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐‡๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’๐Œ/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ“๐‡ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐๐”๐’๐๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐‚๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐”

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐๐€๐Š๐”๐‹ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐‡๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’๐Œ/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ“๐‡ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐๐”๐’๐๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐‚๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐”

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก    : ๐Ÿ๐Ÿ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ)
๐Œ๐š๐ฌ๐š      : ๐Ÿ๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐š๐ ๐ข
๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ   : ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐†๐ž๐ซ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ƒ๐“๐๐

Program Penyerahan Sumbangan Bakul Kasih Ramadan Tahun 2024M/1445H Anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Sumbangan barangan ini berupa keperluan harian dalam bentuk makanan kepada para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang telah dikenalpasti dan memerlukan sempena bulan Ramadan 1445H / 2024M.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK. Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Seterusnya majlis dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Cik Siti Nur Atikah binti Moktar.

Seterusnya, penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu diiringi oleh Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Cik Siti Nur Atikah binti Moktar.

Seramai 20 orang penerima telah hadir untuk menerima sumbangan bantuan tersebut pada sesi penyerahan ringkas yang berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Semoga dengan inisiatif murni dan program bermanfaat seumpama ini diharap akan dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada semua keluarga penerima yang memerlukan dalam menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini di samping membuat persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

๐Ÿ’ป Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

๐Ÿ’ป Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Monday 25 March 2024

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐€๐‘๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐๐ˆ๐€๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐‘๐”๐‹ ๐€๐Œ๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ“๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’๐Œ

Tarikh   : 20 Mac 2024 (Rabu)
Masa     : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai Program Pemberian Kurniaan Keluarga Diraja Sultan Negeri Kedah Darul Aman Sempena Sambutan Bulan Ramadhan Tahun 1445H/2024M yang diadakan di Dewan Seri Serdang bermula jam 10.30 pagi.

Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK. Pegawai Daerah Bandar Baharu, merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kechil Daerah Bandar Baharu diiringi oleh Tuan Mohamad Izwan Bin Dato' Paduka Mohd Omar Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan Tuan Zulfadzrin Bin Noor Din Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah).

Seramai 100 orang penerima yang dipilih   menerima sumbangan Kurniaan Keluarga Diraja Sultan Negeri Kedah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu.

Kesemua penerima menerima sumbangan berupa bekalan makanan harian seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan beberapa keperluan makanan lain.

Kurniaan ini melambangkan keperibadian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah yang sentiasa cakna dan prihatin terhadap golongan rakyat yang memerlukan bantuan.

Yang Berbahagia Pegawai Daerah Bandar Baharu turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1445H/2024M kepada semua hadirin dan berharap sumbangan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban para penerima sepanjang bulan Ramadhan.

Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu kerana telah menyertai program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

๐Ÿ’ป Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Saturday 23 March 2024

๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐๐Ž๐‘๐“๐€๐‹ ๐๐”๐’๐๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐‘๐”๐‹ ๐€๐Œ๐€๐

 ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ (๐‘๐š๐›๐ฎ)

๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐๐Ž๐‘๐“๐€๐‹ ๐๐”๐’๐๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐‘๐”๐‹ ๐€๐Œ๐€๐

Biro Pembangunan ICT dan Publisiti PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan satu Sesi Latihan Pentadbir Portal PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah yang diadakan di Makmal Teknikal, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Kedah (BTMK).

Latihan ini diberikan kepada setiap pentadbir halaman portal PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah sebagai persediaan untuk menyiapkan kandungan buletin atau hebahan maklumat terkini melalui portal baharu PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah yang baru sahaja dibangunkan ini.

Puan Normah binti Awang Binting@Minting selaku Pengerusi Biro
Pembangunan ICT dan Publisiti PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menyampaikan sedikit penerangan dan intipati mengenai peranan pentadbir dan tujuan pelaksanaan program latihan portal pada hari ini.

Tenaga pengajar program ini iaitu Puan Nurul Aida binti Mustafa dari BTMK telah memberi pencerahan berkenaan cara memuatnaik bahan atau input ke dalam portal dan memastikan pengemaskinian portal berjalan dengan lancar. Turut sama hadir dan membantu proses pembelajaran adalah Puan Mizan Adila binti Halim dan Puan Nur Hidayah binti Megat Shahrim juga dari BTMK.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menghantar 2 orang wakil iaitu Puan Shahirah binti Salim dan Puan Shuhanita binti Safie Nor bagi mengikuti sesi latihan tersebut.

Terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas anjuran program ini. Semoga setiap pentadbir portal memperolehi manfaat dan ilmu daripada kelas yang telah dijalani.