Monday 23 August 2021

PENYERTAAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU DALAM PROGRAM INFO ON WHEELS (IOW) PEJABAT PENERANGAN DAERAH BANDAR BAHARU BAGI MEMPROMOSIKAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK)

Program "Info On Wheels" yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah merupakan platform dan medium yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dan dasar-dasar kerajaan yang terkini kepada seluruh lapisan masyarakat, antaranya termasuklah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang giat dilaksanakan ketika ini.
 
Bagi membantu mempromosi dan menjayakan Program PICK tersebut, PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah melalui PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Baharu, turut berganding bahu bagi menjayakan dan mempromosikan kempen vaksinasi ini yang bertujuan mencapai imuniti kelompok (herd immunity) dalam tempoh terdekat.
 
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Amila binti Ahmad telah hadir bersama-sama dengan Unit Hebahan, Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu untuk melaksanakan Program Info On Wheels (IOW) ini bertempat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bandar Baharu di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu, Serdang.
 
Beliau turut berkesempatan melaksanakan aktiviti hebahan kepada orang ramai dan para penerima vaksin yang hadir di PPV Bandar Baharu tersebut mengenai Langkah-langkah Pencegahan COVID-19 serta pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
 
Turut serta dalam menjayakan program ini ialah Puan Norasikin binti Haria (Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu), Encik Shamsul Qamar bin bin Shamsuddin (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu) dan Cik Siti Nur Atikah Binti Muktar, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. 
 
Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah :
 
1. Hebahan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1
2. Hebahan Langkah Pencegahan Covid-19
3. Hebahan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Pendaftaran Vaksin
4. Hebahan Status Terkini Covid-19
5. Hebahan Pertandingan Bulan Kebangsaan secara atas talian anjuran JaPen
6. Hebahan Lagu-lagu Patriotik
 
Setelah selesai melaksanakan aktiviti hebahan tersebut bersama Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menyampaikan sumbangan 88 pek bungkusan bubur asyura kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu selaku penyelaras PPV tersebut untuk diagihkan kepada para petugas dan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berkenaan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan para petugas dan sukarelawan dalam membantu kelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) demi mencapai sasaran imuniti kelompok dalam membendung penularan pandemik Covid-19 di kalangan masyarakat. 
 
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bandar Baharu, Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) Bandar Baharu serta semua yang telah terlibat menjayakan program pada hari ini yang dilaksanakan berdasarkan pematuhan SOP yang ditetapkan.
 
"WANITA SEPAKAT"
"NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu: