Tuesday, 9 June 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

 

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔















07 Mei 2026 (Khamis)

Program Seminar Tekad Skuad Antidadah Daerah Bandar Baharu  anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bandar Baharu telah berlangsung di Serdang Lake View, Serdang, Kedah. Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan serta semangat kerjasama dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah dalam komuniti.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Ts Dr Suffian Yusoff yang turut menekankan dengan kerjasama SKUAD ini, ianya dapat membantu komuniti bagi membina masyarakat yang sejahtera. Majlis diteruskan dengan taklimat oleh pegawai daripada AADK Bandar Baharu yang berkongsi maklumat berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah, langkah-langkah pencegahan serta peranan masyarakat dalam membantu mewujudkan persekitaran yang bebas daripada gejala dadah.

Turut hadir memeriahkan program ini ialah ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu sebagai tanda sokongan terhadap usaha dan inisiatif yang dijalankan oleh pihak penganjur. Kehadiran peserta telah menyerikan lagi program serta mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi dan komuniti setempat.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua