Friday, 22 May 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐈𝐉𝐀𝐁

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐈𝐉𝐀𝐁










Program Bandar Prihatin Wanita telah menganjurkan Pertandingan Solekan dan Gaya Hijab bertemakan “Raya Glam” yang berlangsung pada 19 April 2026 di Dewan Bankuet MPSPK, Sungai Petani, Kedah.


Program ini turut disertai oleh ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dengan penuh semangat dan kreativiti. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dalam bidang solekan serta menggayakan hijab secara kreatif dan moden, selaras dengan perkembangan trend semasa. Para peserta diberi peluang untuk menonjolkan kemahiran masing-masing dengan menghasilkan gaya solekan yang menarik serta padanan hijab yang elegan mengikut tema yang ditetapkan.


Program ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli PUSPANITA, malah berjaya meningkatkan keyakinan diri serta kreativiti wanita dalam bidang kecantikan dan penggayaan hijab. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkasakan lagi peranan wanita dalam masyarakat.


"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"


🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:

https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1


💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120


#PUSPANITABandarBaharu

#kedahsejahteranikmatuntuksemua