𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟒2 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐6
02 April 2026 (Khamis)
Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman Kali Ke-42 Tahun 2026 telah diadakan di Dewan As Sakinah, Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah.
Istimewanya kali ini, PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menampilkan Puan Ismaniza Fahida binti Ismail atau lebih dikenali sebagai Cik Puan Gojes, Pengasas CPG Cosmetics telah sudi menyampaikan perkongsian “The Power of Her: Srikandi Bisnes Membina Legasi” sebelum bermula mesyuarat.
Agenda kemudiannya diteruskan dengan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada Biro-Biro PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Tahun 2025 bagi mengiktiraf sumbangan barisan jawatankuasa biro bagi tahun 2025.
Mesyuarat Agung kemudiannya telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Hajah Nurul Aznim binti Mohd Razalli, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan telah berjalan dengan lancar.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menghantar 15 orang wakil bagi menghadiri mesyuarat agung tersebut. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dalam memberi sokongan dalam penganjuran Mesyuarat Agung PUSPANITA ini.
Majlis diakhiri dengan sesi cabutan bertuah yang ditunggu-tunggu oleh semua perwakilan yang hadir. Tahniah kepada semua penerima cabutan bertuah.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua










