Friday, 22 May 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊

 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊 





















PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah menyertai Program Bandar Prihatin Wanita “Memperkasa Masyarakat, Memakmurkan Bandar” melalui penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional Congkak yang berlangsung pada 16 April 2026 (Khamis) bagi peringkat liga dan 19 April 2026 (Ahad) bagi peringkat akhir. Program ini diadakan di Dewan Kenangan dan Dewan Bankuet, Menara MPSPK, Sungai Petani, Kedah.


Pertandingan ini terbuka kepada peserta wanita sahaja dengan penyertaan sebanyak 12 pasukan, di mana setiap pasukan terdiri daripada tiga orang ahli. Penyertaan daripada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu menunjukkan komitmen tinggi dalam memartabatkan permainan tradisional serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti wanita.


"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"


🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:

https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1


💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120


#PUSPANITABandarBaharu

#kedahsejahteranikmatuntuksemua