Thursday 6 January 2022

PROGRAM "BACK TO SCHOOL" 2022 PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU

TARIKH : 06 JANUARI 2022 (KHAMIS)
MASA : 12 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK GERAKAN PDTBB

Program "Back To School"  PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini diadakan secara ringkas dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu pada jam 11.30 pagi.

Program ini merupakan inisiatif PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dalam membantu anak-anak Ahli PUSPANITA dalam persiapan sesi persekolahan bagi tahun 2022.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Al Imran bin Abdul Kadir dan disusuli dengan ucapan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan disaksikan oleh Cik Siti Nur Atikah binti Mokhtar, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) merangkap Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Seramai 10 orang anak ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menerima sumbangan yang berupa kelengkapan sekolah yang terdiri daripada sepasang pakaian sekolah, kasut dan stokin pada program hari ini.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah di atas sumbangan barangan kelengkapan sekolah bagi program "Back to School" pada hari ini.

Semoga sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ahli-ahli PUSPANITA khususnya PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dalam persiapan anak-anak bagi sesi persekolahan Tahun 2022 seterusnya menyuntik semangat anak-anak untuk ke kembali ke sekolah.

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#puspanitabb
#keluargaMalaysia