Friday 3 February 2023

MAJLIS BACAAN YASIN PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU, MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU DAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU

26 JANUARI 2023 (KHAMIS)

Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu Dan Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Bandar Baharu pada pukul 12.00 tengahari. 

Majlis bacaan yassin ini dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato'  Haji Elmi Bin Yusoff Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Yang Berbahagia Datin Azlina Binti Md Zuki Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Tuan Fauzul Fitri bin Dato’ Haji Abdul Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah ( Pengurusan Tanah ), Tuan Mohamad Izwan Bin Dato' Paduka Mohd Omar Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Cik Siti Nur Atikah binti Moktar, Penolong Pegawai Daerah ( Pendaftaran ) serta semua kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan Ahli Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Majlis ini dimulai dengan ucapan aluan daripada Yang Berbahagia Dato’ Pegawai Daerah, kemudian diteruskan dengan sesi bacaan yasin yang dipimpin  oleh Tuan Fauzul Fitri bin Dato’ Haji Abdul Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah ( Pengurusan Tanah ). Majlis ini diteruskan dengan jamuan makan bersama semua jemputan.

💻 Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/033322033322

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#staysafe

#kitajagakita

#lindungdirilindungsemua

#puspanitabb

#kedahsejahteranikmatuntuksemua