Thursday 30 September 2021

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2021 PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU

 29 SEPTEMBER 2021 (RABU)

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara ini telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi google meet pada jam 3.00 petang dan dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan seterusnya membincangkan mengenai agenda-agenda Hari Sukan Negara yang telah disediakan oleh pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan penerangan SOP Penganjuran Hari Sukan Negara Tahun 2021 oleh Encik Shamsul Qamar bin Shamsuddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.  

Hari Sukan  Negara ini akan dijalankan selama 3 hari iaitu ada 8hb, 9hb dan 10hb Oktober 2021.

Antara SOP yang berkaitan dengan Hari Sukan Negara adalah seperti berikut :

1. Protokol Am Majlis Sambutan HSN2021
2. Protokol Am Individu (Fizikal)
3. Protokol Am Penganjuran HSN2021 : Program Virtual

Mesyuarat dimaklumkan bahawa dalam SOP Am Sektor Sukan dan Rekreasi, terdapat beberapa perkara yang dibenarkan dan dilarang sepanjang program tersebut dijalankan.

Antaranya termasukla pihak penganjur perlu memastikan setiap peserta yang menyertai program pada hari tersebut telah lengkap divaksinasi. Jumlah peserta bagi setiap aktiviti pula ditetapkan mengikut SOP Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Selain itu, wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga turut menerangkan perkara-perkara yang perlu dipatuhi sepanjang program tersebut.

Puan Pengerusi dan Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dijangka akan turut bersama turun padang menyertai pelbagai acara dan aktiviti yang disediakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu pada ketiga-tiga hari tersebut.

Antara cadangan aktiviti-aktiviti menarik yang akan dilaksanakan ialah :

1. Senamrobik
2. Fun Walk
3. Fun Ride
4. Power Bocking Skyrunner
5. Klinik Teqball
6. Tree Climbing
7. Waterfall Climbing
8. Sepak Raga Tuju
9. Permainan E-Sport (Mobile Lagends & PUBG)
10. Sepak Penalti
11. 3 Pertandingan Permainan Mini Paralimpik

Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) merangkap Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Penolong Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Pengerusi Biro Sukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ketua Bahagian Korporat dan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Bandar Baharu, Ketua-Ketua / wakil Jabatan, Pengerusi Majlis Belia Daerah Bandar Baharu, Setiausaha Majlis Sukan Daerah Bandar Baharu, Penghulu-Penghulu Mukim dan urus setia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.

Semoga Hari Sukan Negara Tahun 2021 Peringkat Daerah Bandar Baharu akan berlangsung dengan lancar dan jayanya dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).


💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#puspanitabb
#MesradanBerinformasi
#towardssportingnation
#HSN2021
#keluargaMalaysia