Monday 11 October 2021

PENYERTAAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU BAGI PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2021

Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 kali ini diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan mengambil kira situasi semasa negara dalam pandemik Covid-19.
Program Sambutan Hari Sukan Negara ini diadakan bertujuan menggalakkan rakyat untuk kekal mengamalkan gaya hidup aktif, cergas dan sihat melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti sukan berpandukan amalan norma baharu.

Bagi membantu dan menyokong usaha murni ini, seramai 30 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah bersama-sama  turun padang dan menyertai acara-acara sukan yang telah diadakan sepanjang tempoh 3 hari Hari Sukan Negara berlangsung bermula dari 08 Oktober 2021 (Jumaat) sehingga 10 Oktober 2021 (Ahad).

Walaupun program ini dijalankan secara sederhana mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN, namun PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu tetap bersemangat menyertai acara-acara menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.

Sempena Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2021 ini juga, PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah turut membuat hebahan mengenai "PUSPANITA FITNESS CHALLENGE" yang mana program ini memberi peluang kepada para ahli untuk melakukan sebarang aktiviti kecergasan di tempat masing-masing selama 30 minit dan berkongsi gambar aktiviti tersebut di media sosial iaitu #puspanitafitnesshour.

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menjayakan hebahan tersebut dengan menyertai acara "Fun Walk" yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu pada 10 Oktober 2021 (Ahad).

Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu Tahun 2021 ini telah dirasmikan pada 09 Oktober 2021 (Sabtu) oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., yang juga Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Daerah Bandar Baharu yang diadakan secara ringkas dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Turut hadir semasa Majlis Perasmian berkenaan ialah YB Dato ADUN Bandar Baharu, Puan Amila Binti Ahmad (Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu) dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.

Antara program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu ialah :-

Hari Pertama
08 Oktober 2021 (Jumaat)


Aktiviti pada hari pertama iaitu Tree Climbing & Water Abseiling dan cabutan bertuah telah diadakan di Taman Rekreasi Batu Hampar, Air Putih Serdang.

Seramai 10 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah terlibat menyertai aktiviti pada hari pertama ini yang menguji keberanian dan keyakinan para peserta dalam mengadapi cabaran aktiviti yang disediakan.

Hari Kedua
09 Oktober 2021 (Sabtu)


Pelbagai aktiviti menarik pada hari kedua program telah diadakan di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu iaitu Fun Ride, Pertandingan Sepak Penalti, Sky Runner dan Klinik Teqball.

Semua peserta program turut berpeluang dan berjaya memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan semasa aktiviti cabutan bertuah yang diadakan selepas tamat acara-acara yang berlangsung pada hari kedua program.

Seramai 6 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu melibatkan dua pasukan telah menyertai Pertandingan Sepak Penalti pada hari kedua ini.

Hari Ketiga
10 Oktober 2021 (Ahad)


Aktiviti hari ketiga ialah Fun Walk yang bertemakan Batik . Seramai 50 orang peserta terlibat dalam acara ini dengan menggunakan batik tradisional dalam pelbagai gaya.

Fun Walk ini bermula dari Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu,  Serdang pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi di Dewan Seri Serdang MDBB.Sempena acara ini, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu turut mengadakan Taklimat Penjagaan Kesihatan yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu kepada para peserta setelah tamat acara Fun Walk. Program ini kemudiannya diakhiri dengan cabutan bertuah kepada para peserta Fun Walk tersebut dengan pelbagai hadiah menarik disediakan. Tuan Penasihat, Puan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi bersama - sama 15 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai acara Fun Walk tersebut.

Turut menyertai pelbagai aktiviti sepanjang Hari Sukan Negara Tahun 2021 Peringkat Daerah Bandar Baharu ini ialah Yang Berhormat Dato' Norsabrina binti Mohd Noor,  ADUN Bandar Baharu bersama suami iaitu YBhg. Dato' Azizan bin Mat, Puan Amila binti Ahmad [Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu], Cik Siti Nur Atikah binti Moktar [Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu], Cik Nur Aqilah Afiqah binti Damsek  [Penolong Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu], Puan Nor Rozmilah Binti Mohamed Rozmi [Pengerusi Biro Sukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu], Encik Shamsul Qamar bin Shamsuddin [Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu], Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Bandar Baharu serta Warga Kerja Majlis Daerah Bandar Baharu.

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu di atas kejayaan penganjuran program - program dan aktiviti - aktiviti sukan yang menarik sepanjang Hari Sukan Negara Tahun 2021 ini yang diadakan di Daerah Bandar Baharu.


💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#puspanitabb
#puspanitafitnesshour
#MesradanBerinformasi
#HSN2021
#keluargaMalaysia
#towardssportingnation
#keluargaMalaysiacergasbersama