Thursday 14 October 2021

CERAMAH MAULIDUR RASUL 1443 H / 2021M PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU

 14 OKTOBER 2021 (KHAMIS)

 "CINTA ABADI, KASIH HAKIKI"


Bersempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1443H / 2021M, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menganjurkan Ceramah Maulidur Rasul Tahun 1443H / 2021M Peringkat Daerah Bandar Baharu yang diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet dan Facebook Live pada jam 9.00 pagi.

Ceramah yang bertajuk "Cinta Abadi, Kasih Hakiki" ini disampaikan oleh Yang Berbahagia Al Fadhil Imam Muda Ustaz Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan (Pendakwah).

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., yang juga Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut berkesempatan menyertai ceramah yang dianjurkan secara maya ini.

Program dimulakan dengan para peserta berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan disusuli dengan mukaddimah ringkas oleh moderator jemputan, Al Fadhil Ustaz Roslan bin Mat, Penolong Pegawai Agama, Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu.

Program kemudiannya diteruskan dengan ceramah yang bertajuk  "Cinta Abadi, Kasih Hakiki" yang menceritakan tentang keperibadian junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, adab dan sunnah baginda Rasulullah  S.A.W serta bagaimana cintanya Baginda S.A.W  kepada umatnya.

Ceramah yang berlangsung selama satu jam ini juga diselitkan dengan sesi soal jawab para peserta bersama penceramah jemputan.

Antara persoalan - persoalan yang dikemukakan oleh para peserta termasuklah berhubung hukum Sambutan Maulidur Rasul, kelebihan menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W dan bentuk - bentuk syafa'at Nabi Muhammad S.A.W kepada para umat Baginda S.A.W.

Program selanjutnya diteruskan dengan ucapan penangguhan ringkas oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu selaku Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan diakhiri sekali lagi dengan alunan selawat Nabi S.A.W oleh para peserta program secara dalam talian.

Turut serta dalam ceramah ini ialah Yang Berhormat Dato' ADUN Bandar Baharu, YBhg.Datin Paduka Haryanti binti Amit (Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah), YBhg. Datin Noor Afza binti Osman (Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah), Puan Amila binti Ahmad (Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu), Cik Nur Aqilah Afiqah binti Damsek  (Penolong Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu), Ahli-Ahli PUSPANITA Negeri Kedah dan Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha dan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB), Penghulu-Penghulu Mukim, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu, para anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan serta seluruh lapisan masyarakat dari pelbagai peringkat.

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Al Fadhil Imam Muda Asyraf untuk sesi ceramah dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat dan penuh pengajaran ini serta jutaan terima kasih atas sokongan dan penyertaan dari semua pihak dalam menjayakan majlis ilmu yang diadakan  berkonsepkan amalan norma baharu ini.

Semoga dengan sesi ceramah dan perkongsian ilmu seperti ini dapat membantu para warga PUSPANITA Negeri Kedah dan khususnya PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu untuk meningkatkan lagi kecintaan kita semua terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan seterusnya meningkat keimanan dan ketaqwaan kita semua kepada Allah S.W.T.

SALAM MAULIDUR RASUL 1443H / 2021M DARI PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU


💻Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

💻Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#puspanitabb
#MesradanBerinformasi