Sunday 31 October 2021

PENYERTAAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU BAGI PROGRAM GOTONG-ROYONG DI TAMAN REKREASI BATU HAMPAR, AIR PUTIH, SERDANG, KEDAH DARUL AMAN.

 28 OKTOBER 2021

Bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021 pada 21 Oktober 2021 lalu yang bertemakan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama, Majlis Daerah Bandar Baharu telah mengambil inisiatif bagi mengadakan Program Gotong-Royong di Taman Rekreasi Batu Hampar, Air Putih, Serdang, Kedah  bertujuan membersihkan  kawasan persekitaran Taman Rekreasi tersebut demi menjaga keindahan alam flora dan fauna serta mengelakkan kewujudan sebarang penyakit berjangkit yang tidak diingini kepada masyarakat.

Program gotong-royong ini telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Seramai 10 orang Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut terlibat dalam membantu menjayakan program gotong-royong pada hari ini.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., yang juga Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut berkesempatan menghadiri program gotong-royong pada hari ini serta menyantuni para peserta di Taman Rekreasi Batu Hampar tersebut.

Antara jabatan / agensi yang terlibat adalah Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Bandar Baharu,  Jabatan Kerja Raya Daerah Kulim / Bandar Baharu, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kulim / Bandar Baharu, para Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu, Majlis Belia Daerah Bandar Baharu, SWCORP  Cawangan Kulim / Bandar Baharu, serta Syarikat E-Idaman Sdn. Bhd.

Antara yang turut hadir membantu menjayakan program ini adalah Encik Muhammad Afnan bin Mohd Roze  [Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha MDBB], Cik Siti Nur Atikah binti Moktar [Peolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) PDTBB / Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu], Puan Siti Halwani binti Abd Halim [Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu], Cik Nur Aqilah Afiqah binti Damsek [Penolong Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu], Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pentadbiran Majlis Daerah Bandar Baharu di atas kejayaan penganjuran program gotong-royong pada hari ini yang walaupun ringkas tetapi amat bermakna.

Semoga penganjuran program yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan demi menjaga keindahan alam flora dan fauna yang terdapat di Daerah Bandar Baharu di samping memastikan agenda kelestarian alam sekitar sentiasa menjadi keutamaan demi generasi pewaris masa hadapan.  


ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#puspanitabb
#MesradanBerinformasi