Saturday 28 October 2023

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‡π€π‘πˆ π’π”πŠπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ‘

 

















ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‡π€π‘πˆ π’π”πŠπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ‘

TARIKH  : 14 OKTOBER 2023 (SABTU)
MASA     : 9.00 Pagi
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI DAERAH BANDAR BAHARU

Program Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu bagi tahun 2023 telah diadakan pada 13, 14 dan 15 Oktober 2023. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah dan Tanah Bandar Baharu iaitu Tuan Mohd Noor bin Ismail, merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) jam 9.00 pagi di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu, Kedah.

Sebanyak 12 acara sukan telah dilakukan sepanjang 3 hari berlangsungnya program ini diantaranya Cabaran Bukit Angin, Senamrobik, Clean Walk, Aerobathon, Mari Mencuba Flying Fox, Kejohanan Futsal dan lain-lain lagi. Program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari penduduk dan agensi-agensi kerajaan/swasta sekitar daerah Bandar Baharu khususnya. Penglibatan keseluruhan untuk kesemua acara sukan bagi program ini dianggarkan hampir mencecah 6000 orang.

Program Hari Sukan Negara ini disambut pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun dimana objektif sambutan adalah untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi bagi menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif, meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia, memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan sebagainya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu atas anjuran program ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan program ini.

*“WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”*

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

πŸ’» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun