Friday, 27 October 2023

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐’๐€๐‡๐€๐ โ€˜๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐” ๐ƒ๐ˆ๐Š๐„๐๐€๐๐†, ๐’๐„๐“๐”๐‹๐”๐’ ๐ˆ๐๐†๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐Š๐€๐‹ ๐€๐๐€๐ƒ๐ˆโ€™ ๐ƒ๐€๐“๐Žโ€™ ๐‡๐€๐‰๐ˆ ๐„๐‹๐Œ๐ˆ ๐๐ˆ๐ ๐˜๐”๐’๐Ž๐…๐…, ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐ƒ๐€๐ ๐ƒ๐€๐“๐ˆ๐ ๐€๐™๐‹๐ˆ๐๐€ ๐๐ˆ๐๐“๐ˆ ๐Œ๐ƒ ๐™๐”๐Š๐ˆ, ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐”๐’๐๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐‚๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐”

TARIKH  : 09 OKTOBER 2023 (ISNIN)
MASA     : 4.00 petang
TEMPAT : Event Hall Dewan Seri Tasik, Serdang, Kedah Darul Aman

Majlis Perpisahan โ€˜Jasamu Dikenang, Setulus Ingatan Kekal Abadiโ€™ ini diadakan di Event Hall Dewan Seri Tasik, Serdang Kedah Darul Aman pada jam 4.00 petang.

Majlis perpisahan ini diadakan bagi menghargai Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu, YBhg. Dato' Haji Elmi Bin Yusoff merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang akan bertukar ke Majlis Perbandaran Kulim pada 09 October 2023 (Isnin). Turut hadir YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Mohamad Izzat, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Para tetamu kemudiannya ditayangkan dengan video kenangan bersama YBhg. Datoโ€™ Haji Elmi Bin Yusoff sepanjang beliau bertugas mulai 01 Disember 2022 sehingga 08 October 2023.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan dari YB Roslan bin Hashim Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu dan YB Ts. Dr. Haji Mohd Suffian Bin Haji Yusoff Adun Bandar Baharu, disusuli dengan ucapan oleh YBhg. Datoโ€™ Haji Elmi Bin Yusoff.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata serta sesi bergambar kenangan bersama-sama para tetamu jemputan dan hadirin dalam majlis tersebut. PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menyampaikan sedikit cenderamata buat YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki sebagai tanda kenang-kenangan.

Setinggi - tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh YBhg. Datoโ€™ Haji Elmi Bin Yusoff dan YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki sepanjang perkhidmatan beliau selama berada di Daerah Bandar Baharu.

Segala jasa dan sumbangan YBhg. Datin Azlina akan sentiasa dikenang oleh masyarakat Daerah Bandar Baharu khususnya PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

"๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ด๐‘จ๐‘ฑ๐‘ผ ๐‘ฑ๐‘จ๐’€๐‘จ ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ผ๐‘ช๐‘จ๐‘ท๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ท๐‘จ๐‘ซ๐‘จ ๐’€๐‘ฉ๐‘ฏ๐‘ฎ. ๐‘ซ๐‘จ๐‘ป๐‘ถโ€™ ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ฑ๐‘ฐ ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ด๐‘ฐ ๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ต ๐’€๐‘ผ๐‘บ๐‘ถ๐‘ญ๐‘ญ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต ๐‘จ๐’๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ต๐‘จ ๐‘ด๐‘ซ ๐’๐‘ผ๐‘ฒ๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ด๐‘ฐ ๐‘พ๐‘จ๐‘น๐‘ฎ๐‘จ ๐‘ท๐‘ผ๐‘บ๐‘ท๐‘จ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ ๐‘ช๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ช๐‘ฐ๐‘ณ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ซ๐‘จ๐‘น ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ผ"

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

๐Ÿ’ป Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua