Tuesday, 31 December 2024

🕌 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝟏𝐑𝐄𝐉𝐀𝐁 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇 🕌 | 𝟏 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓

 🕌 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝟏𝐑𝐄𝐉𝐀𝐁 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇 🕌

| 𝟏 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓


Salam 1 Rejab 1446H kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga Allah SWT memberkati usia kita dan mempertemukan kita sekali lagi dengan bulan Syaaban dan Ramadan pada tahun ini.

Mari kita bersama-sama memperbanyakkan doa ini:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Maksud: Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. [HR Baihaqi]

Semoga di bulan yang mulia ini kita diberikan kesempatan untuk memperbanyak amal ibadah, memperbaiki diri dan mendekatkan diri dan hati kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua.

𝐼𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝐷𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Serta Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓



Selamat tahun baru 2025 dengan semangat yang baru untuk membuat perubahan positif dalam hidup kita dan Masyarakat di sekeliling kita.

Semoga tahun baru ini memberi lebih kecemerlangan, kebahagiaan, keharmonian serta lebih banyak kejayaan.

𝑫𝒊 𝒌𝒆𝒃𝒖𝒏 𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒐𝒉𝒐𝒏 𝒘𝒂𝒓𝒖
𝑫𝒊 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒍𝒂𝒉𝒏𝒚𝒂 𝒕𝒖𝒎𝒃𝒖𝒉 𝒂𝒍𝒐𝒆𝒗𝒆𝒓𝒂
𝑴𝒂𝒓𝒊 𝒔𝒂𝒎𝒃𝒖𝒕 𝑻𝒂𝒉𝒖𝒏 𝑩𝒂𝒓𝒖
𝑫𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒓𝒂

𝐼𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝐷𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Serta Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐑𝐎-𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐈𝐋.𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐑𝐎-𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐈𝐋.𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒





























Tarikh     : 29 Disember 2024 (Ahad)
Masa      : 10.30 Pagi
Tempat  : Bilik Gerakan PDTBB

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Mesyuarat Biro-Biro PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Bilangan 2 Tahun 2024 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Serdang, Kedah pada 29 Disember 2024.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shuhaida Binti Bideng. Mesyuarat ini turut dihadiri Puan Siti Halwani Abd Halim, Setiausaha PUSPANITA Bandar Baharu, Cik Nur Aqilah Afiqah Damsek, Penolong Setiausaha serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Biro-biro PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan kesemua program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2024. Pengerusi PUSPANITA mengucapkan tahniah dan terima kasih atas penglibatan semua AJK dan Biro-biro dalam penglibatan semua program dan aktiviti sepanjang tahun 2024. Puan Marlia binti Omar, Bendahari PUSPANITA membentangkan laporan kewangan sepanjang tahun 2024. Seterusnya mesyuarat diteruskan dengan perbincangan cadangan program dan aktiviti yang akan diadakan untuk tahun 2025.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 1. 00 tengahari.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Wednesday, 25 December 2024

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟒

𝟐𝟓 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐚𝐛𝐮)

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟒



Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Kristian. Semoga perayaan ini disambut dengan penuh kebahagiaan bersama ahli keluarga tercinta. PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua agar sentiasa mengekalkan nikmat perpaduan dan keharmonian hidup berbilang agama serta kaum di Negeri Kedah khasnya dan Malaysia amnya.

Ikhlas Daripada :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Serta Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua



Tuesday, 24 December 2024

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

















𝟏𝟑 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭)

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Program Ziarah Kasih bagi menyantuni dan menziarahi ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Hazlina Binti Baharom yang kini sedang berjuang melawan Penyakit Kanser di kediaman anak nya di Senawang, Negeri Sembilan.


Justeru itu, atas dasar prihatin dan peka kepada keperluan ahli yang memerlukan, PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah menyumbang wang tunai dan cenderahati bagi meringankan keperluan ahli.


Sumbangan ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. 


Turut serta dalam Program Ziarah Kasih ini ialah Puan Azida binti Ishak, Puan Nurashikeen binti Mohd Arshad, Cik Nur Aqilah binti Damsek, Puan Shahirah binti Salim, Puan Nurul Haniza Binti Abdul Ghani, Cik Anis Syazliana bintibMohd Safuan dan Cik Hudanasuha binti Mohd Nazim.


Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh pesakit berkenaan dan seterusnya memberi semangat dan kekuatan kepada beliau dan keluarga dalam menempuh ujian ini. 


"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"


Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:

https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1


💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120


#PUSPANITABandarBaharu

#PUSPANITA40Tahun

#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Saturday, 14 December 2024

𝐂𝐀𝐑 𝐁𝐎𝐎𝐓𝐇 𝐒𝐀𝐋𝐄 𝐓𝐎𝐔𝐑

 𝐂𝐀𝐑 𝐁𝐎𝐎𝐓𝐇 𝐒𝐀𝐋𝐄 𝐓𝐎𝐔𝐑






























Tarikh    :  01 Disember 2024 (Ahad)
Masa     :   8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat :  Taman Tasik Serdang, Kedah

Seramai 10 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai Program Car Boot Sale Tour Bandar Baharu bertempat di Taman Tasik Serdang, Kedah.

Program melibatkan Agensi Jabatan Kerajaan seperti Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Kaunter Khidmat Pelanggan Agensi AntiDadah Kebangsaan Daerah Bandar Baharu, Perkeso dan Perpustakaan Desa Daerah Bandar Baharu.

Pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang berlangsungnya program ini. Antaranya Jualan Makanan dan Minuman Car Booth Sales, Senamrobik, Kaunter Khidmat Pelanggan SSM dan Perkeso, Aktiviti Berkuda & Memanah, Demo drift, Pertandingan mewarna kanak - kanak, Mini Zoo, Pertandingan memasak, Ukiran Buah, Jualan barang basah, Jualan barang klasik/antik, Aktiviti berkayak dan Sukaneka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Majlis Daerah Bandar Baharu atas anjuran program ini dan terima kasih ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua