𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝟐𝟎𝟐𝟓
09 November 2025 (Ahad)
Festival Aspirasi Murid 2025 anjuran Sekolah Kebangsaan Jalan Selama telah diadakan pada 9 November 2025 dari pukul 9.00 pagi hingga 1.05 tengah hari. Pelbagai aktiviti menarik seperti zoo mini, pameran agensi, rumah hantu, netball shooting serta jualan makanan disediakan untuk para murid dan pengunjung.
Festival ini turut menawarkan cabutan bertuah bonanza dengan hadiah istimewa seperti telefon pintar dan jam tangan pintar bagi pembeli buku kupon. PUSPANITA Daerah Bandar Baharu juga turut hadir memeriahkan program, bersama ibu bapa dan orang ramai yang memberikan sokongan. Kehadiran ini bagi memberi sokongan kepada penganjuran aktiviti sekolah serta usaha memperkukuh hubungan antara komuniti dan pihak sekolah.
TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua





























