Saturday, 17 January 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐘𝐀𝐓𝐈𝐌 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐌𝐈𝐍𝐀𝐇 ( 𝐘𝐀𝐀𝐘𝐒𝐇 ) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

 

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐘𝐀𝐓𝐈𝐌 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐌𝐈𝐍𝐀𝐇 ( 𝐘𝐀𝐀𝐘𝐒𝐇 ) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔


















06 Januari 2026 (Selasa)

Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah telah perkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Persekolahan Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah ( YAAYSH ) bagi Sesi Tahun 2026 Daerah Bandar Baharu yang diadakan di The Event Hall ( Dewan Seri Tasik ) Serdang, Kedah pada 06 Jan 2026 (Selasa) jam 12:00 tengah hari.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sohibul Fadhilah Tuan Sheikh Mohd Fadhil Bin Ab Rahman (Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu) dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Tuan Mohd Fauzul Fitri bin Dato' Haji Abdul Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) yang mewakili Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu.

Majlis diteruskan dengan penyerahan sumbangan persekolahan yang telah disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah kepada 30 orang penerima anak-anak yatim yang terdiri daripada murid-murid dan pelajar sekolah di sekitar Daerah Bandar Baharu. Sumbangan persekolahan tersebut berupa set kelengkapan baju sekolah, hamper dan wang tunai.

Menjunjung Kasih Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun atas pengurniaan dan sumbangan yang diberikan.

Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandaru Baharu yang turut terlibat dalam menjayakan majlis yang bermakna ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Monday, 5 January 2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐑𝐎-𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐈𝐋.𝟐 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔

 

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐑𝐎-𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐈𝐋.𝟐 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔












Tarikh     : 01 Januari 2026 (Khamis)
Masa      : 10.00 Pagi
Tempat  : Bilik Mesyuarat PTBB

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Mesyuarat Biro-Biro PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Bilangan 2 Tahun 2025/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Tanah Bandar Baharu, Serdang, Kedah pada 01 Januari 2026.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shuhaida Binti Bideng. Mesyuarat ini turut dihadiri Puan Nurul Haniza Binti Abd Gahani, Setiausaha PUSPANITA Bandar Baharu, Cik Nur Aqilah Afiqah Binti Damsek, Penolong Setiausaha serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Setiausaha Biro-biro PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan kesemua program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2025. Pengerusi PUSPANITA mengucapkan tahniah dan terima kasih atas penglibatan semua AJK dan Biro-biro dalam penglibatan semua program dan aktiviti sepanjang tahun 2025. Seterusnya mesyuarat diteruskan dengan perbincangan cadangan program dan aktiviti yang akan diadakan untuk tahun 2026.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 1. 00 tengahari.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua