Sunday, 13 December 2020
Mesyuarat Biro-biro PUSPANITA Daerah Bandar Baharu Bil.3/2020.
Kursus Pengurusan Jenazah anjuran PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Seminar, Masjid Al-Fateh, Serdang.
13 Disember 2020 (Ahad)
Kursus Pengurusan Jenazah anjuran PUSPANITA Daerah Bandar
Baharu bertempat di Bilik Seminar, Masjid Al-Fateh, Serdang.
Program ini dirasmikan oleh Puan Amila binti Ahmad
(Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu). Turut hadir semasa Majlis Perasmian
kursus tersebut ialah Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat
PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dalam ucapan
perasmiannya menyatakan bahawa ilmu pengurusan jenazah merupakan salah satu cabang ilmu fardhu
kifayah yang sangat penting untuk dipelajari dan boleh dipraktikkan seandainya
berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan
rakan taulan tanpa terlalu bergantung kepada pihak lain untuk menguruskannya
pada bila-bila masa.
Kursus ini merupakan program penutup tirai PUSPANITA Daerah
Bandar Baharu bagi tahun 2020.
Seramai 20 orang ahli PUSPANITA Bandar Baharu telah
menghadiri kursus ini termasuklah Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) selaku
Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Bandar Baharu.
PUSPANITA Daerah Bandar Baharu merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penceramah kursus, Ustazah Norhayati
bt Hj. Masjuri di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada semua
para peserta kursus. Semua peserta memperoleh sijil penyertaan yang disampaikan
oleh Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Semoga semua peserta yang hadir memperolehi ilmu yang bermanfaat dan meningkatkan
kefahaman masing-masing dalam aspek pengurusan jenazah khususnya wanita.
Pertandingan Persahabatan Badminton 2020 antara PUSPANITA Bandar Baharu vs PERKEP Bandar Baharu.
12 Disember 2020 (Sabtu)
Pertandingan Persahabatan Badminton 2020 antara PUSPANITA
Bandar Baharu vs PERKEP Bandar Baharu.
Majlis dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu
merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bertempat di Dewan Seri
Serdang, Kedah.
Pertandingan Persahabatan pada kali ini berkonsepkan
pertandingan dan pungutan mata secara berpasukan.
Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori
Terbuka dan Kategori VIP.
Bagi kategori terbuka, sebanyak 5 regu yang terdiri dari
ahli-ahli PUSPANITA Bandar Baharu menentang 5 regu dari PERKEP Bandar Baharu .
Johan bagi kategori ini memihak kepada PUSPANITA Bandar Baharu dengan
kemenangan mata 3-2.
Manakala bagi kategori VIP, 3 regu dari PUSPANITA Bandar
Baharu yang salah satu regunya diwakili oleh Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah
Bandar Baharu bergandingan bersama Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Bandar
Baharu. Johan bagi kategori VIP ini juga memihak kepada pasukan PUSPANITA
Bandar Baharu dengan kemenangan mata 2-1.
Majlis seterusnya diakhiri dengan acara penyampaian hadiah
dan sijil penyertaan oleh Penasihat PUSPANITA Bandar Baharu.
Turut hadir ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah
(Pembangunan) selaku Penolong Pengurus Pasukan PUSPANITA Bandar Baharu,
Ahli-Ahli Majlis MDBB , YBhg. Datuk Hj. Muhar Bin Hussain (Ketua Umno Bahagian
Kulim/Bandar Baharu) dan Puan Shaliza bt Yan (Pengerusi PERKEP Bandar Baharu).
Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan
kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
program pada hari ini.
Sunday, 6 December 2020
Program Gotong-Royong Batu Hampar, Air Puteh, Serdang Kedah yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Bandar Baharu.
6 DISEMBER 2020 (AHAD)
Program Gotong-Royong Batu Hampar, Air Puteh, Serdang Kedah
yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Majlis Belia
Daerah Bandar Baharu.
Program dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar
Baharu/ Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah
Bandar Baharu.
Program kemudiannya diteruskan dengan aktiviti senamrobik
serta taklimat ringkas oleh Pihak Majlis Belia Daerah Bandar Baharu.
Aktiviti gotong-royong ini
melibatkan beberapa kawasan iaitu
kawasan sekitar rekreasi Batu Hampar, kawasan kolam, gerai-gerai, tandas awam
dan jalan masuk.
Turut serta bersama-sama ialah Puan Pengerusi PUSPANITA
Daerah Bandar Baharu, Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis MDBB, Penghulu-Penghulu
Mukim, Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) dan Semua
Agensi Daerah Bandar Baharu. Beberapa orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu
turut terlibat dalam program ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang terlibat !👏🏻👏🏻
#covid19
#staysafe
#kitajagakita
#PuspanitaBB
#kedahsejahteranikmatuntuksemua