Wednesday, 22 May 2024

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐄𝐒𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟒


𝟐𝟐 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐚𝐛𝐮)

✨𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐄𝐒𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟒✨



Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha yang meraikannya.

𝐼𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝐷𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua




Monday, 13 May 2024

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 & 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 & 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔


Tarikh   : 07 Mei 2024 (Selasa)
Masa     : 12.00 Tengah hari - 3.00 Petang
Tempat : Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah

















Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah diadakan pada 07 Mei 2024 bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah.

Majlis jamuan dihadiri oleh  Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Cik Siti Nur Atikah binti Moktar, Timbalan Pengerusi I, penghulu-Penghulu Mukim serta kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Bandar Baharu, kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu dan Ahli Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Turut menghadiri Majlis Jamuan ini Ketua-Ketua Jabatan, Wakil-Wakil Ketua Jabatan, Exco Negeri Kedah, serta seluruh Jabatan Daerah Bandar baharu.

Majlis jamuan berjaya diadakan dengan jayanya. Semoga ikatan ukhuwah antara ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini terus utuh.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐙𝐔𝐌𝐁𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐙𝐎𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀


𝐙𝐔𝐌𝐁𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐙𝐎𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀

Tarikh : 04 Mei 2024 (Sabtu)
Tempat : Dewan Tertutup , Tapak Pesta Pulau Pinang




















Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menerima jemputan daripada Puspanita Cawangan Negeri Pulau Pinang sebagai wakil kepada Puspanita Negeri Kedah untuk menyertai program Zumba Madani bersama Puspanita Negeri Pulau Pinang Sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara.

Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menghantar wakil seramai 12 orang hadir pada program tersebut. Ianya turut disertai oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shuhaida binti Bideng yang juga bersama-sama melakukan zumba tersebut. Program tersebut bermula pada jam 7.30pagi sehingga 9.00pagi. Setelah selesai program tersebut, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shuhaida bersama sebelas (11) orang ahli turut berpeluang melawat pavilion serta pameran yang ada di Program tersebut.

Program Madani Rakyat 2024 ini berlangsung selama tiga (3) hari bermula 3-5 Mei 2024 (Jumaat-Ahad). Terdapat pelbagai perkhidmatan dan pameran daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri termasuk GLC dan swasta  seperti pameran, karnival kerjaya, jualan MADANI dan bermacam lagi.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#ZumbaMadanibersamaPUSPANITANegeriPulauPinang